PKR Lantik Fuziah Salleh Sebagai Ketua Wanita

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebagai Ketua Wanita parti itu.

Fuziah mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandang itu Haniza Mohamed Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, dilucutkan keahliannya daripada PKR.

Perkara itu diumumkan PKR menerusi kenyataan di Facebook rasmi mereka.

Haniza digantung keahliannya daripada PKR pada 6 April lepas kerana bertemu Mohamed Azmin dan bekas Naib Presiden parti tersebut, Zuraida Kamarudin di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Februari lepas.

Untuk rekod, pada Pemilihan PKR 2018, Haniza dan Fuziah berentap bagi jawatan tersebut manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita disandang oleh ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Namun, Dr Daroyah mengumumkan keluar dari parti itu selepas hilang keyakinan terhadap pimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ini, jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR masih kosong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat