Isu Kilang Haram Di Selangor: Kenapa Tunggu Hujung Tahun?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan Selangor perlu memberi alasan kukuh ekoran keputusannya memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang haram untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Shahril berkata, mengapa tindakan segera tidak diambil terhadap kilang yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Lembah Klang, pada 3 September lalu.

Katanya, akibat dari sikap tidak bertanggungjawab kilang haram itu, ia telah mengakibatkan 1,292 kawasan terjejas teruk akibat terputus bekalan air.

“Ini bukan kes penjaja kecil yang hendak cuba dibantu ke arah pemutihan atas pertimbangan ihsan dan membantu ekonomi mikro penjaja.

“Ini kilang-kilang. Kilang haram. Yang mana dalam kalangan mereka mencemar sungai dan mengganggu bekalan air, menyebabkan pelbagai kesusahan dan kerugian kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lebih mengejutkan apabila Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menawarkan proses pemutihan sejak 2008, dan pada 2018 diputuskan agar tindakan itu dipanjangkan sehingga 2020.

Tambahnya, kerajaan Selangor juga membuat perkiraan akan melaksanakan tindakan lebih pantas menjelang November atau Disember ini, atau awal tahun depan jika keadaan mendesak.

“Sejak 2008?? Sudah 12 tahun, dan sudah berkali-kali krisis air di Selangor – kerajaan negeri yang ada kuasa untuk mengambil tindakan, masih mahu beri peluang sehingga tamat 2020?

“Sebanyak 1.2 juta akaun pengguna air terkesan teruk hanya beberapa hari lalu disebabkan akitiviti kilang tidak dipantau, walaupun ada sejarah pencemaran. Tak cukupkah bukti betapa mendesaknya isu pencemaran dan gangguan ini?,” soalnya.

Shahril seterusnya mengesyorkan tiada pihak yang mempolitikkkan isu air, dan rakyat tidak berminat untuk melihat permainan “siapa salah siapa betul” kerana hanya mahukan penyelesaian dari kerajaan negeri.

Semalam, kerajaan Selangor memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang yang beroperasi tanpa kebenaran untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini.

Amirudin dilaporkan berkata jika masih ada mereka yang ingkar berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri tidak teragak-agak merobohkan struktur bangunan yang memberi impak kepada pencemaran alam sekitar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat