Darrel Leiking dan Mohamaddin Ketapi Antara Calon Warisan

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) mencalonkan dua bekas menteri yang juga ahli Parlimen bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri DUN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darrel Leiking dicalonkan bagi kerusi (N26) Moyog manakala Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi dicalonkan bagi kerusi (N61) Segama.

Presiden Parti Warisan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan 53 senarai calon-calon yang menggunakan logo Warisan iaitu dari DAP dan Amanah.

Dari jumlah tersebut 45 kerusi ditandingi Warisan, tujuh bagi DAP dan satu kerusi bagi Amanah.

Sementara itu bagi kerusi yang ditandingi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan 12 kerusi Dun yang ditandingi parti itu.

Madius yang juga mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dicalonkan bagi kerusi N15 Kiulu.

Bagaimanapun, baki lapan lagi kerusi bakal diketahui apabila pengumuman dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat