Kilang Haram Diberi Peluang Pemutihan Hingga Akhir Tahun Ini – MB Selangor

Peruntukan Tambahan Bukti kawal Pandemik Keutamaan Kerajaan – Adham Baba

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan peruntukan tambahan kepada usaha mengawal pandemik koronavirus 2019 (Covid-19) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

PM UMUM PAKEJ PERLINDUNGAN EKONOMI DAN RAKYAT BERJUMLAH RM15 BILION

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) berjumlah RM15 bilion, sebentar tadi. Ketika mengumumkan melalui perutusan khas Perdana...

Sudah-sudahlah sembang politik, rakyat tak nak tahu pun- Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merayu kepada Tan Sri Annuar Musa supaya berhenti seketika berpolitik pada musim Perintah...

PAU Ditangguhkan, Pemilihan UMNO 2021 Tetap Diteruskan – Ahmad Maslan

CYBERJAYA: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sepatutnya berlangsung pada 30 dan 31 Januari ini akan ditangguhkan bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ianya...

Perdana Menteri Akan Umum Pakej Bantuan Khas Petang Ini

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Bantuan Khas pada jam 4.00 petang ini. Melalui satu poster dilaman rasmi Facebook beliau, pengumuman...

KUALA LANGAT – Kerajaan Negeri Selangor memberi peluang kepada pemilik tanah dan kilang yang beroperasi tanpa kebenaran untuk membuat proses pemutihan sehingga hujung tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jika masih ada mereka yang ingkar berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk merobohkan struktur bangunan yang memberi impak kepada pencemaran alam sekitar.

“Kami sudah beri tawaran untuk mereka (pemilik tanah dan kilang haram) pulihkan (jalankan proses pemutihan) sejak tahun 2008 lagi. Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terakhir pada 2018 memutuskan agar tindakan itu dipanjangkan sehingga 2020. Lepas 2020 kami akan ambil tindakan perobohan dan sebagainya.

“Tetapi kalau keadaan mendesak dan saya rasa kami boleh laksanakan lebih pantas menjelang bulan November atau Disember ini, ataupun awal tahun depan kami sendiri akan laksanakan secara menyeluruh proses pemutihan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan sempena Menjunjung Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Bagi Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, beliau akan mempengerusikan Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor sebagai usaha kerajaan negeri mengurangkan impak pencemaran terhadap sumber air di Selangor.

“Dalam bab ini saya sendiri akan ketuai jawatankuasa itu dalam masa terdekat dan kali ini kami akan gabungkan teknologi pemantauan sungai seiring dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sebagai agensi pemantauan sumber air.

“Kami juga akan melaksanakan usaha membersihkan kawasan sungai, pengosongan rezab-rezab sungai yang dibangunkan oleh infrastruktur dan bangunan yang tidak mendapat kebenaran,” katanya.

Amirudin juga berkata, pihaknya turut menjunjung kasih titah Sultan Sharafuddin semalam yang menitahkan pihaknya supaya mengambil beberapa tindakan berhubung isu berkenaan kerana baginda khuatir sekiranya masalah air berterusan, rakyat akan memberontak dan boleh mengakibatkan ketegangan seterusnya menjejaskan keharmonian sosial.

“Kami memang lakukan cuma kali ini atas titah baginda, semua pihak dan jabatan malah rakyat juga harus dilibatkan dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan sumber bekalan air kita,” katanya.

Terdahulu, Amirudin mengisytiharkan pemasyhuran naik taraf Majlis Daerah Kuala Langat kepada MPKL secara rasminya hari ini atas perkenan Sultan Sharafuddin dan turut menggunakan imej logo perbandaran yang baharu.

Katanya, pada bulan hadapan juga Majlis Pembandaran Subang Jaya juga akan dinaik taraf sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya dan beliau berharap agar mutu kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan seiring dengan peningkatan kualiti kerja,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Peruntukan Tambahan Bukti kawal Pandemik Keutamaan Kerajaan – Adham Baba

CYBERJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan peruntukan tambahan kepada usaha mengawal pandemik koronavirus 2019 (Covid-19) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

PM UMUM PAKEJ PERLINDUNGAN EKONOMI DAN RAKYAT BERJUMLAH RM15 BILION

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) berjumlah RM15 bilion, sebentar tadi. Ketika mengumumkan melalui perutusan khas Perdana...

Perdana Menteri Akan Umum Pakej Bantuan Khas Petang Ini

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Bantuan Khas pada jam 4.00 petang ini. Melalui satu poster dilaman rasmi Facebook beliau, pengumuman...