Siapa pun Presiden AS, dasar luar Malaysia tak berubah – Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dasar luar Malaysia kekal tidak berubah terhadap Amerika Syarikat (AS) meski siapa pun Presiden yang akan menang dalam Pilihan Raya Presiden negara Uncle Sam itu antara Donald Trump dan Naib Presiden Kamala Harris.

Penegasan itu disuarakan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tegasnya, siapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Presiden AS antara Donald Trump atau Kamala Harris tidak akan mengubah dasar luar Malaysia kepada negara itu.

Persaingan antara Harris dan Trump telah menarik minat masyarakat global yang menyedari bahawa pemilihan Presiden AS akan memberi kesan besar kepada hubungan ekonomi, keselamatan dan diplomatik di peringkat global.

“Bagi Malaysia, sebagai sebuah negara kecil menganggap AS masih sebagai rakan penting yang tidak boleh diabaikan terutama dalam ekonomi, perdagangan dan diplomatik.

“Pelabur dari AS merupakan pelabur terbesar di negara kita, kita perlu ‘navigate’ baik-baik, supaya kita tidak terpijak kaki sesiapa.

“Tahun ini sahaja begitu banyak syarikat besar dari AS melabur di negara kita, kita mesti jadikan negara kita negara yang yang disenangi oleh semua pihak, kita boleh berunding dengan semua pihak kerana kita menyediakan ekosistem terbaik untuk pelabur datang berniaga di Malaysia.

“Malaysia sebagai sebuah merdeka dan berdaulat, akan bersahabat dengan mana-mana negara sekarang asalkan ia memberi manfaat ekonomi negara dan rakyat keseluruhannya,” kata Menteri Luar itu di Shanghai pada Rabu, memetik Astro Awani.

Tatkala AS menghampiri keputusan pengundian, dunia memerhati dengan penuh debaran dan sedar bahawa keputusan ini akan ‘bergema’ selama bertahun-tahun akan datang.

Undian bersejarah ini bukan sahaja mengenai pelantikan jawatan presiden, tetapi juga menentukan arah tuju politik global pada abad ke-21.

Mohamad kini bersama rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam rangka lawatan kerja ke China yang bermula di Shanghai pada 4 November dan berakhir di Beijing pada 7 November.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat