Bayaran akhir STR bermula esok, manfaatkan 8.7 juta penerima

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Program bantuan tunai kendalian Kementerian Kewangan (MOF) dijenamakan semula kepada identiti baharu iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana pembayaran Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 dengan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya memutuskan agar STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

“Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.

“Ia melibatkan seramai 4 juta isi rumah dengan kadar bayaran STR Fasa 1 sebanyak RM300 selain 1.2 juta warga emas tiada pasangan (RM100) dan 3.5 juta penerima bujang yang akan memperoleh sebanyak RM100,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

“Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023 selain semakan status pembayaran akan dibuka mulai esok,” katanya.

Sementara itu, bercakap tentang penjenamaan STR, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan sentiasa menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

“Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

“Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat