Gagal bersih nama terpalit skandal LCS, Zahid patut lepas jawatan Presiden Umno – Lim Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi didesak melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno memandangkan beliau gagal membersihkan namanya daripada skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) melibatkan RM9 billion selepas sebulan.

Malah, lebih buruk lagi,perlu dibersihkan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai “jerung” terbesar dalam skandal ini.

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, sebulan lepas, Zahid tersilap apabila dia menafikan tanggungjawab ke atas skandal LCS ini.

“Zahid mengatakan, tidak masuk akal untuk menyalahkan kegagalan projek LCS kepadanya kerana dia mendakwa yang dia bukanlah Menteri Pertahanan semasa projek ini dianugerahkan.

“Oleh itu, dia mengatakan, orang yang terlibat dengan kegagalan projek LCS ini patut memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Walaupun Zahid memegang jawatan Menteri Pertahanan dari April 2009 sehingga Mei 2013 dan kontrak ini dimeterai pada 17 Julai 2014, dua dokumen yang dinyah-rahsia mengenai skandal LCS menunjukkan yang Zahid yang perlu lebih bertanggungjawab ke atas skandal ini berbanding dengan menteri selepasnya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,” kata Veteran DAP itu dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas Kit Siang, Surat Niat (Letter of Intent) bekalan enam LCS pada nilai keseluruhan RM9 billion dikeluarkan pada 15 Oktober 2010 dan Surat Anugerah (LOA) pula pada 16 Disember 2011, namun kontrak tertangguh selama dua setengah tahun dan hanya dimeterai pada 17 Julai 2014.

Bagaimanapun katanya, di antara tempoh pengeluaran LOA dan pemeteraian kontrak, terdapat 21 LOA bernilai kira-kira RM5 billion untuk sistem dan kelengkapan, kebanyakannya dikeluarkan semasa Zahid menjadi Menteri Pertahanan.

“Memandangkan LOA yang dikeluarkan semasa Hishammuddin menjadi Menteri Pertahanan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berjumlah tidak lebih dari RM700 juta, Zahid perlulah menanggung tanggungjawab yang lebih besar berbanding dengan Hishammuddin terhadap skandal LCS ini.

“Perolehan LCS ini bermula sejak sebelum Zahid menjadi Menteri Pertahanan lagi, memandangkan terdapat perbincangan untuk memperoleh LCS ini sejak Najib menjadi Menteri Pertahanan lagi.

“Memang jelas bahawa selain dari Najib, yang menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 yang kemudiannya melantik Zahid sebagai Menteri Pertahanan, tidak ada sesiapa lagi orang lain yang boleh membuatkan Zahid sebagai Menteri Pertahanan untuk mengubah keputusannya yang dicadangkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memperoleh enam buat LCS Sigma buatan Belanda kepada perolehan enam buat LCS Gowind buatan Perancis dari pengeluar Scorpene tanpa merujuk perubahan ini dengan pihak TLDM sebagai pengguna akhir terlebih dahulu,” dakwa Kit Siang.

Tambah beliau, keengganan Zahid untuk menafikan yang Najib yang mengarahkannya untuk mengubah keputusannya mengenai LCS pada tahun 2011 ini menceritakan banyak perkara.

“Dia masih boleh memberikan penjelasan sekiranya fakta menunjukkan sebaliknya dan membuktikan, pertamanya, dia tidak bertanggungjawab ke atas skandal LCS yang melibatkan RM9 billion dan kedua, bukan Najib yang mengarahkannya untuk mengubah keputusannya dari untuk memperoleh LCS Sigma kepada LCS Gowind,” katanya.

Dalam pada itu tambah Kit Siang lagi, Hishammuddin, sebagai Menteri Pertahanan hari ini, patut membuktikan kepada Kabinet esok yang skandal LCS ini tidak akan menjadi sebuah skandal 1MDB yang baharu, memandangkan terdapat banyak persamaan yang merisaukan di antara dua skandal ini.

“Saya masih menunggu jawapan Hishammuddin mengenai mengapa Kementerian Pertahanan mengurangkan jumlah LCS yang perlu disiapkan dan dihantar – dari dua buah kepada sebuah – oleh pihak kontraktor tanpa dana tambahan dari kerajaan.

“Semasa Hishammuddin memberikan kenyataan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 25 Januari 2022, dia bercakap mengenai “penstrukturan semula korporat” kontrak LCS yang bernilai RM9 billion dan mengatakan yang pihak kontraktor, Boustead Naval Shipyard (BNS), perlu menghantar dua buah LCS tanpa sebarang kos tambahan kepada kerajaan,” katanya.

Kit Siang juga turut mengemukakan kenyataan Hishammuddin pada bulan Januari 2022 dalam pendengaran PAC: “Mereka (BNS) tidak akan menerima apa-apa dana tambahan dari kerajaan sehinggalah dua kapal ini dihantar.” (halaman 4 Hansard).

“Hishammuddin juga mengatakan: “…sekiranya kita ingin teruskan, kita tidak boleh meletakkan semua wang dahulu sekiranya Boustead tidak memberikan komitmen untuk menghantar sekurang-kurangnya dua kapal” dan “Ini sahaja pilihan yang saya ada. Sekiranya saya silap atau perkara ini tidak mencukupi, saya tidak mempunyai apa-apa cadangan lain. Anda kena cari Menteri Pertahanan baharulah” di hadapan PAC pada 25 Januari 2022.

“Menteri Kabinet perlu belajar untuk bertanggungjawab atas kenyataan mereka dan memberikan penjelasan terhadap apa-apa perubahan komitmen mereka,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat