Realisasikan Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kerajaan bersama atas tema Keluarga Malaysia antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah peluang untuk menyatukan semua ahli-ahli politik.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali malah berkata, Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang satu hari nanti boleh menjadi impian rakyat Malaysia.

“Jangan lepaskan peluang perpaduan ini. Setiap orang kena mencari titik persamaan untuk dibesarkan bukan mencari titik perbezaan untuk diperluaskan.

“Perlu kasihan pada ahli bawahan yang sentiasa walak pada arahan dan tindak tanduk pemimpin di atas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, Malaysia memerlukan perpaduan untuk kembali bangkit menjadi negara yang hebat.

Beliau turut menyebut, suara mahukan kesatuan dan perpaduan antara PAS dan Umno berkumandang di Muktamar PAS khususnya sebagai strategi untuk menang bersama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, itualg suara akar umbi dan ahli bawahan. Itulah permintaan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Melaka dan Johor.

“Namun ia agak terlewat di saat Umno- BN telah buat keputusan untuk bergerak sendiri setelah pelbagai insiden serang menyerang antara pimpinan tertinggi yang berlaku sebelum ini.

“Malah jemputan ke Muktamar dan rundingan tanpa melibatkan Presiden Umno juga menjadi isu,” kata Khairuddin.

Meskipun begitu, kata beliau eloklah terlewat daripada tiada langsung.

“Masih lagi boleh diusahakan perundingan dengan cara politik matang dan harmoni. Usah mengalah kerana ialah adalah hasrat ahli bawahan.

“Jaga tutur kata, elakkan prasangka dan bina jambatan kasih antara dua parti. Masih ada masa.

“14 September, lagi 8 hari adalah ulangtahun ke -3 Muafakat Nasional (MN).

“Usah malu berkempen untuk muafakat umat,” seru Khairuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat