Liputan 5G capai 40 peratus hujung tahun ini – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Digital Nasional Berhad (DNB) menyasarkan capaian liputan 5G di Malaysia mencapai 40 peratus menjelang akhir tahun 2022 dan sebanyak 80 peratus di kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, capaian rangkaian 5G kini telah mencapai lebih daripada 30 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“Kerajaan berharap program pendigitalan yang telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi akan terus dipertingkatkan dalam usaha mengekalkan momentum pendigitalan sedia ada seterusnya memacu agenda pendigitalan negara,” katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) pada Selasa.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Menteri-Menteri serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi yang terlibat.

Kata Ismail Sabri, mesyuarat pada hari ini juga telah menetapkan beberapa keputusan iaitu mesyuarat bersetuju untuk membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) untuk menyokong ekosistem dron dan menjadikan MDTAP30 sebagai agenda nasional.

“Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sebagai agensi penyelaras dan sekretariat MDTAP30 dan melaporkan kemajuan kepada ahli Majlis melalui Kluster Teknologi Baru Muncul.

“Sistem Pengurusan Trafik UAS (UAS-TM) juga akan dibangunkan bagi meningkatkan Kecekapan Proses Pendaftaran Operator Dron untuk meningkatkan pendaftaran UAS menjelang tahun 2030,” jelas beliau.

Selain itu menurut Ismail Sabri, mesyuarat juga mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri seperti kerenah birokrasi yang akan diteliti bagi mengembangkan industri dron negara.

Beliau berkata, industri dron di Malaysia berpotensi menjana pertumbuhan sebanyak RM50.71 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan berupaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.

“Kedua, melaksanakan strategi berkaitan pembangunan Omnibus Act – Public Sector (Data Sharing) Act melalui Dasar Perkongsian Data Sektor Awam (DPDSA) dan Dasar Perkongsian Data Nasional (National Data Sharing Policy – NDSP) bagi meningkatkan ekosistem perkongsian data negara yang lebih kondusif.

“Ketiga, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terus diperkasakan melalui pendigitalan dan satu rangka kerja berintegrasi. Satu mekanisme Penyelesaian Pertikaian Dalam Talian (Online Dispute Resolution – ODR) diwujudkan bagi mengadili dan menyelesaikan tuntutan kecil dan meningkatkan aktiviti e-dagang merentas sempadan,” ujarnya.

Tambah Perdana Menteri, penubuhan pusat sehenti (one-stop centre) juga akan mempermudahkan akses program sokongan pendigitalan kepada para PKS.

Selain itu katanya, status pekerja ekonomi gig juga akan sentiasa dipantau untuk memastikan golongan ini mempunyai jaminan dari segi kewangan dan perlindungan undang-undang yang mencukupi.

“Keempat, kerajaan akan memperkukuhkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia dalam bidang keselamatan siber dan kes penipuan dalam talian bagi menyokong visi pembangunan digital negara.

“Program yang akan dilaksanakan secara menyeluruh kepada seluruh Keluarga Malaysia termasuk forum kesedaran, bengkel kemahiran dan latihan teknikal bagi sektor awam serta swasta.

“Kelima, menubuhkan Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian (Sharing Economy Committee) yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menyelaras inisiatif dan program berkaitan Ekonomi Perkongsian di peringkat nasional melibatkan sektor awam, swasta, komuniti dan akademik,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat