Kumpul Data Dan Angka Tepat Untuk Kerajaan Fokus Putihkan Miskin Tegar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dalam usaha mencapai sifar miskin tegar menjelang Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kerajaan memerlukan data dan angka yang tepat untuk fokus mengenal pasti kawasan tinggi golongan ini supaya tiada sebarang keciciran berlaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan miskin bandar lebih banyak berbanding miskin luar bandar.

Yakni kata beliau rekod miskin bandar sekarang 55 peratus manakala miskin luar bandar 45 peratus.

“Kemiskinan agenda yang besar bagi kerajaan kerana menjelang akhir RMK12, kita nak hapuskan miskin tegar.

“Miskin tegar ini kalau ikut ukuran pendapatannya peringkat nasional ialah pendapatan keluarga suami isteri dan tiga orang anak lebih kurang RM 1,169 itu adalah keperluan minimum untuk membeli keperluan asas khususnya makanan.

“Jadi golongan pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,169 sebulan itu, kita nak hapuskan menjelang tahun 2025. Ini agenda besar dan kerajaan bercadang untuk kenal pasti seluruh negara untuk kita laksanakan kaedah baru yang lebih holistik untuk menangani isu miskin tegar,” katanya dalam sesi bual bicara di Agenda Awani bertajuk Bajet 2022:Tangani Jurang Kemiskinan, pada malam Rabu.

Pun begitu kata Mustapa, kerajaan cuma ada tempoh 4 tahun untuk merealisasikan pemutihan miskin tegar.

“Bagi memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan. Jadi dalam hal kemiskinan kita lihat kepada kaedah-kaedah baru iaitu angka-angka mesti tepat, sekarang ini kita menggunakan e-kasih dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM.

“Direkodkan ada lebih 500,000 keluarga miskin dan 262,000 miskin tegar. Kita perlu pastikan angka itu tepat kena murnikan dan putihkan angka tersebut.

“Ini penting apabila kita nak bantu masyarakat kita kena pastikan bahawa angka ini tepat. Umumnya angka itu tepat tapi kita kena lihat semula ia benar-benar tepat kalau silap,” ujarnya.

Mustapa juga mencadangkan supaya angka-angka miskin tegar itu dipamerkan di kampung-kampung.

“… Umpamanya dan kita akan berikan kepada wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya mereka tahu siapa miskin bila kita tahu siapa kita boleh fokus, biasanya ada senarai tapi kita tak tahu.

“Kita akan amalkan pendekatan baru lebih holistik iaitu kerajaan negeri, kerajaan pusat perlu kerjasama dengan NGO, majlis agama negeri, bantuan peribadi, syarikat-syarikat.

” Angka ini tepat diputihkan, kita tak mahu sesiapa pun tertinggal. Pastikan bergerak sebagai satu pasukan.

” Untuk capai sifar miskin tegar ini kita kena betul-betul selaras iaitu Unit Perancang Ekonomi (EPU), ICU mesti rangka tindakan kenal pasti kawasan dalam negara ini miskin tegar tertinggi. Gembeleng segala uasaha bukan sekadar bantuan makanan, kegiatan ekonomi, kesihatan, pendidikan akses internet dan juga libatkan semua kaum kemiskinan wajar ditangani secara insklusif bagi tujuan merapatkan jurang kaya miskin,” tegas Mustapa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat