Pastikan Institusi Bertanggungjawab Salur Bantuan Kepada PMKS, Jangan Ada Rintangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang untuk menyediakan bantuan modal memulakan semula perniagaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

PMKS menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah enjin pertumbuhan negara yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi Malaysia.

Katanya demi merancakkan semula PMKS, kerajaan memperkenalkan pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (atau SemarakNiaga) merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti.

“Sumbangan PMKS kepada pendapatan negara kira-kira 40 peratus, jadi kita kena lonjakan lagi sektor perusahaan ini malah Bajet 2022 menyokong RMK12 agar PMKS mikro mampu eksport keluaran mereka guna teknologi lebih canggiH.

“PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara kerana lebih 97 peratus daripada jumlah perusahaan dalam negara kita adalah dalam kategori PMKS iaitu sebanyak 1.2 juta,” katanya.

Mustapa menambah, PMKS menyumbang kepada ekonomi negara sebanyak 40 peratus dan kerajaan berharap ia akan melonjak kepada 45 peratus.

“Manakala dari segi eksport sekarang cuma 20 peratus kita nak naikkan kepada 25 peratus.

“Antara institusi yang diberi tanggungjawab untuk membantu PMKS ialah Tekun, Amanah Ikhtiar, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Pertanian mankala untuk Bumiputera kita ada MARA.

“Peruntukan itu wajar diguna sepenuhnya dan tidak ada rintangan.

“Pelaksanaan ini penting kerana PMKS adalah enjin pertumbuhan negara namun mereka paling terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat