Lanjut Moratorium, Ini Masanya Bank Buktikan Prihatin Pada Pelanggan Setia – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Institusi perbankan di negara ini sekali lagi diminta mempertimbangkan supaya tempoh moratorium dilanjutkan sehingga akhir tahun ini susulan peningkatan semula kes jangkitan Covid-19.

Peningkatan ini, kata Datuk Seri Najib Razak sedikit sebanyak memberi impak kepada ekonomi dan pendapatan rakyat.

Lagipun katanya, walaupun semasa moratorium dilaksanakan dalam tempoh suku kedua iaitu dari bulan April hingga Jun 2020, bank-bank masih catat keuntungan.

Buktinya, Maybank merekodkan keuntungan sebanyak RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b); CIMB – RM277 juta (RM1.51b); RHB Bank – RM400 juta (RM615 juta); Public Bank – RM1 bilion (RM1.33b); Alliance Bank – RM104 juta (RM77 juta); Hong Leong Bank – RM525 juta (RM469 juta), Ambank – RM365 juta (RM391 juta); Affin Bank RM67 juta (RM156 juta) dan Bank Islam RM153 juta (RM195 juta).

”Ini bukti bahawa bank-bank masih mampu memberi lanjutan moratorium,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bekas Perdana Menteri itu menambah, jika tidak beri kepada semua pelanggan, berilah lanjutan secara automatik kepada peminjam-peminjam dalam kategori – penerima BR1M/BPN dalam kategori B40; pinjaman untuk rumah PPR/PR1MA atau rumah di bawah nilai RM300,000; pinjaman untuk kereta bernilai RM50,000 ke bawah dan peminjam yang pendapatannya terputus atau hilang kerja sejak PKP bermula.

Katanya, bank ada maklumat ini kerana kemasukan gaji atau pendapatan bulanan dalam akaun bank sudah jatuh atau dihentikan.

”Semua maklumat pelanggan di atas sudah ada pada bank. Cuma nak tengok jika mereka mahu beri lanjutan automatik ke tidak.

”Yang tak masuk dalam kategori-kategori di atas, terpulanglah kepada bank jika mahu luluskan permintaan pelanggan. Lagi elok jika bank lanjutkan kepada semua secara pukal seperti 6 bulan lepas.

”Inilah masa untuk bank-bank buktikan mereka prihatin pada pelanggan setia mereka,” ujarnya.

Menerusi hantarannya selepas itu, Najib menafikan beliau baharu mengemukakan cadangan lanjutan moratorium ini.

Sebaliknya, jelas Najib, beliau telah ‘memperjuangkan’ lanjutan moratorium itu sejak bulan Julai, malah permintaan telah dibuat dalam perbahasan di Parlimen.

”Ketua penerangan UMNO pun dah minta. Presiden UMNO juga minta.

”Dan UMNO minta sekali lagi semalam. Jika kerajaan PN dan Menteri Kewangan PN masih tak izinkan, apa kita boleh buat?,” katanya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat