180 Pengunjung Pusat Hiburan Dikompaun Langgar PKPP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Seramai 180 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Pudu dikompaun RM1,000 seorang kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) malam tadi.

Dalam serbuan Op Noda polis kira-kira 12.15 malam itu, sembilan lelaki terdiri daripada tiga warga tempatan dan tiga warga asing yang bekerja sebagai pengurus, juruwang dan pelayan bar di pusat hiburan berkenaan juga ditahan manakala tiga lagi warga tempatan ditahan kerana memiliki tatu yang tidak diwartakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata pihaknya mendapati ramai pungunjung di pusat hiburan itu tidak mengikut SOP dan lesen digunakan oleh premis berkenaan adalah sebagai restoran bukan sebuah pusat hiburan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pengunjung membabitkan 137 lelaki dan 43 wanita warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 38 tahun berhibur tanpa ada sebarang penjarakan fizikal.

“Kesemua pengunjung dan pekerja premis telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dikenakan tindakan kompaun dan siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas serbuan polis di lokasi tersebut.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan muzik, wang tunai dan dua keping resit jualan dari pusat hiburan berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata ujian saringan air kencing terhadap 60 pengunjung pusat tersebut juga didapati negatif dan tidak ada yang mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya kes disiasat antaranya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan 1966, serta Peraturan 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. — Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat