Najib Minta Bank Buat Pengorbanan Lanjut Tempoh Moratorium

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta bank melakukan pengorbanan dengan melanjutkan tempoh moratorium bagi peminjam.

Najib berkata keputusan itu akan memberikan manfaat kepada bank dalam jangka panjang.

“Jadi, inilah masa bank-bank perlu berkorban supaya pelanggan-pelanggan mereka tidak terjejas dan masih mampu untuk mengembalikan keuntungan berbilion-bilion kepada bank pada masa depan apabila krisis Covid berakhir,” katanya ketika perbahasan menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan mengumumkan moratorium pinjaman selama enam bulan dari bulan April hingga September di mana peminjam tidak perlu membayar balik pinjaman mereka dalam tempoh tersebut.

Bank Negara dan bank lain bagaimanapun menyatakan bahawa tempoh moratorium berkenaan tidak akan dilanjutkan.

Najib yang juga anggota parlimen Pekan berkata, kerajaan mesti bertegas dan tidak tunduk kepada kemahuan bank semata-mata.

“Kita perlu faham, kerajaan memang ada kuasa yang besar ke atas bank-bank dalam Malaysia – baik dari segi pemilikan saham, suntikan dana kos rendah, garis panduan bank atau undang-undang yang berkaitan,” jelasnya.

Katanya, sekiranya bank tidak mampu melanjutkan tempoh moratorium, mereka boleh mempertimbangkan untuk memberi tempoh di mana peminjam hanya perlu membayar ansuran bulanan bagi bahagian faedah sahaja.

Najib, yang juga bekas menteri kewangan berkata, jika permintaan untuk pinjaman baru juga menurun, tiada keperluan untuk bank meminta pelanggan mereka membayar semula pokok atau prinsipal pinjaman.

“Sebagai contoh jika selama ini sebuah bank biasanya membuat keuntungan sebanyak RM5billion, tetapi tahun ini hanya mendapat RM1bil-RM2bil sahaja, ianya tidak akan melumpuhkan sistem kewangan negara,” katanya.

Sementara itu, Najib juga menggesa kerajaan menaikkan had statutori hutang negara melepasi 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ini katanya bagi memberi ruang fiskal kepada kerajaan untuk berbelanja dalam usaha memerangi kesan akibat wabak Covid-19.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...