KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat pendedahan mengejut menerusi satu hantaran di laman Facebook bertajuk A prelude to a chapter in my memoirs!
Beliau mendakwa telah dikunjungi oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang sebelum itu membuat membuat panggilan telefon beberapa kali untuk bercakap dengannya secara sulit dan peribadi.
Apandi berkata, pada peringkat awal Gopal Sri Ram telah mendesak beliau sebagai peguam negara ketika itu supaya membatalkan pembekuan akaun sebuah firma kerana peguam yang menggunakan khidmatnya perlu dbayar dan akaun tersebut digunakan untuk melunaskan bayaran.
Bagaimanapun selepas berunding dengan para pegawai di bahagian jenayah, Apandi telah menulis kepada Gopal Sri Ram dengan respon negatif.
Menyambung pendedahannya, Apandi berkata, Gopal Sri Ram datang ke rumahnya bersama seorang peguam muda berbangsa Cina pada Januari 2018.
Sebaik sahaja duduk beliau bercakap panjang lebar tentang respon negatif berkaitan permohonan pembatalan pembekuan akaun itu dan Apandi menegaskan keputusan tersebut dibuat setelah meneliti secara mendalam dan dibincangkan di dalam kamar.
Gopal Sri Ram secara tiba-tiba berkata, perkara itu hanyala alasan untuk bertemu Apandi dan beliau mempunyai agenda lebih besar.
“Tun M hantar saya untuk bertemu anda.
“Dia mahu anda menangkap Najib di pejabatnya, anda pergi pukul 2 petang, kami telah mengaturkan polis di Putrajaya untuk melakukan apa yang perlu mengikut arahan anda. Kami juga telah mengatur seorang majistret untuk mengeluarkan perintah reman apabila dia (Najib) dihadapkan di hadapannya.
- Gopal Ram Enggan Ulas Dakwaan Berkomplot Dengan Mahathir Untuk Kenakan Najib
- Bekas Ahli Parlimen PKR Dedah PH Fitnah Najib, UMNO Rompak RM19 Bilion
- DAP Mahu Mahathir, Anwar Bekerjasama Lawan Muhyiddin dan Najib
- Mesyuarat PH Tegang Kerana Ada Orang Nak Mahathir Jadi PM Selamanya – Anwar
“Sahabat, anda akan menjadi hero di mata rakyat, dan anda akan menjadi peguam negara pertama menangkap perdana menteri
“Jangan bimbang, kami telah mengatur rancangan, apa yang saya perlu sekarang untuk anda bersetuju,” katanya.
Apandi berkata, beliau kemudian bertanya Gopal Sri Ram, atas alasan apakah dia (Najib) sepatutnya ditangkap
Gopal Sri Ram berkata, orang di luar sana kecewa dan tidak gembira dan hakikat seorang peguam negara telah menangkap Najib, tidak memerlukan sebarang alasan membuatkan mereka gembira.
Menurut Apandi, Gopal Sri Ram mendesak dan mahu jawapan segera.
“Saya memberitahu Gopal saya akan memikirkan perkara tesebut. Beliau kemudiannya beredar bersama peguam muda berbangsa Cina yang dibawa bersama,” katanya.
“Ketika itu, saya dan keluarga saya juga ‘diserang’ di media sosial bukan sahaja dari pembangkang malah tentera siber kerajaan sekarang.
“Tidak ada sebab untuk saya menyelamatkan sesiapa sedangkan saya sendiri adalah ‘musuh semua orang’,” katanya.
Mengakhiri catatannya, Apandi berkata, Gopal boleh menafikan pendedahan ini tetapi dalam masa yang sama mengingatkan bahawa ketika itu beliau adalah peguam negara dan kediamannya dilengkapi CCTV (satu daripadanya khusus untuk ruang tamu) begitu juga pengawal peribadi dan pegawai polis yang menjaga pondok kawalan di hadapan rumahnya.
“CCTV tidak berbohong dan saya juga mempunyai saksi,” katanya.