Pusat Kuarantin dan Rawatan Diaktifkan Jika Kes Covid-19 Terus Meningkat – Dr Adham

- Advertisement -

KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan akan serta-merta mengaktifkan semula semua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah di seluruh negara jika kes virus itu terus menunjukkan peningkatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, antara fasiliti yang bakal dijadikan pusat tersebut ialah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan premis lain yang digazetkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Namun, jika ada pertambahan, kita akan berbincang dengan pusat institut latihan di bawah kementerian lain untuk menempatkan pesakit-pesakit bergejala.

“Sekarang, kita mempunyai kapasiti 3,467 katil untuk rawatan Covid-19 di 36 pusat rawatan Covid-19 di hospital seluruh negara dan setakat ini terdapat 907 pesakit di pusat tersebut dengan penggunaan katil sebanyak 26 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Combi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adham memaklumkan, sejumlah 16,000 sehingga 20,000 sampel Covid-19 diterima sehari susulan peningkatan penularan virus itu di beberapa negeri sejak kebelakangan ini.

Katanya, pertambahan sampel itu susulan pertambahan kes di Sabah, Kedah dan mereka yang pulang dari kawasan berisiko tinggi.

Beliau menambah negara mempunyai keupayaan untuk menjalankan ujian sampel sehingga 39,000 sehari yang dijalankan di 58 makmal di seluruh negara.

“Terdapat dua faktor yang menjadikan kaedah pengesanan Covid-19 di negara ini pantas adalah kebijaksaan petugas kita untuk mengesan dan kesediaan makmal kita menguji.

“Malah pendekatan diambil untuk mengesan virus antaranya iaitu melalui ujian pengesanan terhadap mereka bergejala telah menjadikan negara kita berupaya mengesan lebih virus ini dengan cepat,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat