Tun M jawab kenapa pecat Apandi, tuntutan waris Sulu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemecatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara sebelum ini dibuat kerana beliau meyatakan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak membuat sebarang kesalahan berkenaan pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sedangkan seluruh dunia mengetahui, dan Department of Justice Amerika Syarikat menyatakan secara terbuka bahawa terdapat pencurian wang 1MDB oleh “MO1”, iaitu Najib,” tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjawab soalan yang ditanya oleh Apandi di Facebook berkenaan “mengapa Kerajaan Malaysia telah membuat penyelesaian secara persetujuan di atas kes pemecatan yang tidak sah terhadap diri beliau sebagai Peguam Negara? (Ini adalah suatu pengakuan bahawa tindak tanduk Mahathir secara arbitrari adalah salah dari segi tatacara/perundangan).

Kata Mahathir, apabila Peguam Negara baru (Tommy Thomas) dilantik, beliau mendapati ada kesalahan yangn dilakukan oleh Najib.

“Dengan itu Najib didakwa di Mahkamah Tinggi Malaysia. Setelah perbicaraan di mana Najib diberi peluang pertahankan
dirinya selama lebih satu tahun, mahkamah menjatuhkan hukuman bahawa Najib bersalah dalam tujuh kes dan dikenakan denda RM 210 juta dan penjara 12 tahun.

“Setelah rayuan dibuat dengan Mahkamah Rayuan, keputusan Mahkamah Tinggi didakwa benar dan sah.

” Semua ini menunjukkan bahawa Apandi cuai atau sengaja mendakwa tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh Najib supaya kesnya tidak dihadapkan ke mahkamah.

” Perbuatan Apandi menunjuk bahawa beliau tidak memegang kepada “Rule of Law”. Ia tidak sesuai menjadi Peguam Negara. Memangpun kerajaan berhak untuk menamatkan pegawai yang membuat keputusan yang jelas salah. Ramai sudah pegawai yang membuat salah dilucutkan daripada jawatannya,” jelas Mahathir.

Manakala berhubung tuntutan oleh pewaris Kesultanan Sulu dibuat apabila Malaysia menghentikan bayaran tahunan kononnya kerana serangan orang Sulu ke atas Lahad Datu.

Semasa bayaran diteruskan mengikut perjanjian tidak ada masalah dengan pewaris.

Menurut Mahathir tuntutan oleh pewaris Sultan Sulu dibuat semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib .

“Kerajaan BN tidak bertindak untuk menolak jurisdiction (kuasa undangan) Mahkamah Sepanyol atau membayar balik bayaran yang telah dihentikan.

“Tidak ada bukti bahawa tindakan Najib telah dipersetujui oleh Peguam Negara pada masa itu atau Kabinet.

“Najib bertindak tanpa mengikuti proses pentadbiran,” dakwa Mahathir.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali iaitu “kenapa Peguam Negara zaman Mahathir, iaitu Tan Sri Tommy Thomas telah diarah untuk menjawab surat tuntutan ke atas Sabah oleh pewaris Kesultanan
Sulu, yang mana surat bertarikh 19 September 2019 itu, telah menjadi asas tuntutan mereka di Sepanyol dan dikuatkuasakan di
Perancis?

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat