Memahami cabaran sebenar, cari penyelesaian kelewatan projek Pan Borneo Sabah – Salleh Keruak

KUALA LUMPUR – Ketua Merinyu Projek Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mengadakan pertemuan dengan Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab terhadap Pan Borneo untuk mendapatkan taklimat mengenai perkembangan semasa projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Kata Salleh, pendekatan beliau bukan bertujuan mencari kesalahan, tetapi untuk memahami cabaran sebenar di lapangan dan bekerjasama dengan agensi pelaksana bagi mencari penyelesaian yang praktikal.

“Hari ini saya bertemu dengan Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab terhadap Pan Borneo untuk mendapatkan taklimat mengenai perkembangan semasa projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Perbincangan tertumpu kepada status setiap pakej, khususnya pakej yang berjalan mengikut jadual dan pakej yang mengalami kelewatan.

“Bagi saya, Lebuhraya Pan Borneo merupakan antara projek infrastruktur paling penting untuk Sabah. Ia bukan sekadar jalan raya, tetapi juga berkaitan hubungan antara daerah, pergerakan rakyat, aktiviti ekonomi, logistik dan pembangunan negeri secara keseluruhan.

“Dalam pertemuan ini, kami turut membincangkan tindakan yang boleh diambil bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang menjejaskan pelaksanaan beberapa pakej yang tidak berjalan mengikut jadual.

“Selepas ini, saya akan melawat beberapa pakej yang lewat daripada jadual bagi melihat sendiri keadaan sebenar di tapak dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai cabaran yang dihadapi,” katanya.

Menurut Salleh, dalam keadaan kos pembinaan dan logistik yang semakin mencabar, kelewatan projek perlu ditangani seawal mungkin supaya manfaat pembangunan dapat sampai kepada rakyat dalam tempoh yang sepatutnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat