Samsung perkenal warna baharu S22

- Advertisement -

Samsung mengumumkan kemaskini barisan warna untuk peranti pintar kelas premium mereka iaitu Galaxy S22 dan kali ini memperkenalkan tona warna dikenali ‘Bora Purple’.

Warna khusus daripada kelas ungu berkenaan membawa maksud penampilan keperibadian, menjangkaui batasan dan berinovasi tanpa henti di bawah falsafah keterbukaan.

Melihat semula kepada trend pemilihan warna oleh Samsung, beberapa peranti kelas premium sebelum ini daripada generasi Galaxy pernah menerima barisan warna baharu antaranya adalah Samsung Galaxy S8 dengan padanan ‘Orchid Grey’, Galaxy S9 (Lilac Purple), S22 (Violet) dan Z Flip 3 iaitu padanan ‘Lavender’.

Seiring dengan pengenalan peranti baharu iaitu daripada generasi Galaxy S22, ‘Bora Purple’ diperkenalkan yang mengambil perkataan daripada Korea.

Naib Presiden Pemasaran Global Kumpulan Samsung Electronics, Sonia Chang berkata, pemilihan warna berkenaan menggambarkan ketenangan dan sikap optimis.

Untuk pemilihan warna berkenaan, Samsung Galaxy S22 akan berada di pasaran bermula 10 Ogos ini dan pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi Samsung.

Harian metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat