KUALA LUMPUR – Pelantikan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah disifatkan tidak wajar ketika negara kini sedang dilanda krisis penularan wabak Covid-19.
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang mengkritik pelantikan tersebut menambah, lagipun Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu turut mendakwa pelantikan politik itu adalah habuan selepas penubuhan kerajaan terbaru hasil kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas, selain beberapa parti lain lagi.
- Mujahid Kene ‘Troll’ Selepas Nasihat Mufti Untuk Bertaqwa
- Mujahid Dakwa ‘Hanya’ Pindah Milik, Kadir Jasin Pula Sahkan Hotel TH Dijual
- Email Pembaca: Perlantikan Hadi, Pengiktirafan Untuk PAS
“Tahniah! setelah penat ‘menebuk atap’ dapatlah habuan jadi Duta Khas taraf Menteri.
“PM-8 tidak habis lagi bagi ‘ghanimah’ pada saat negara dilanda krisis terburuk Covid.
“Timur Tengah bukan keutamaan dasar luar negara pun! Cukup yang sedia ada untuk tampung dasar kita di Timur Tengah,” katanya di Twitter.
Semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Hadi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.
Untuk rekod, Abdul Hadi pernah menyandang jawatan Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, juga tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.
- Kes Rasuah ECRL, SPRM Jangan Pilih Kasih – Tajuddin Rahman
- Pengecualian Caj RM 1 Di Mesin ATM – Datuk Seri Ismail Sabri
- PKP Fasa 2 Untuk Hadapi Kemungkinan Gelombang Ketiga Dari Kes Import – KKM
- 52,000 Kematian Di Seluruh Dunia, Lebih Sejuta Positif Jangkitan Covid-19
- PKP: Wanita Tak Mengaku Salah Maki Polis dan Halang Tugas Penjawat Awam