138 Kakitangan KKM Positif Covid-19 – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 138 anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dikesan positif akibat wabak Covid-19 setakat jam 12 tengahari semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad Covid-19 dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di fasiliti KKM.

“Sebanyak 58 kes daripadanya berkaitan dengan majlis perkahwinan yang dihadiri oleh individu yang menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

“14 kes berkaitan dengan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan kes bergejala ringan di mana mereka tidak tahu atau tidak memaklumkan status mereka.

“Dua kes daripada kumpulan ini tidak memaklumkan yang mereka telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Noor Hisham juga berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak sembilan kes adalah kontak dengan ahli keluarga yang positif Covid-19.

“Enam kes pula ada sejarah melawat ke luar negara, 4 empat kes pula daripada rakan yang positif Covid-19, tiga kes daripada pendedahan semasa aktiviti saringan di lapangan dan dua kes telah hadir perhimpunan di Seri Petaling.

“Baki kes iaitu 42 kes masih dalam siasatan punca jangkitan,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat