PKP Fasa 2 Untuk Hadapi Kemungkinan Gelombang Ketiga Dari Kes Import – KKM

- Advertisement -

Jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa Malaysia mencapai puncak jumlah kes positif koronavirus baharu (Covid-19) pertengahan bulan ini selari dengan ramalan gelombang ketiga oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia lebih-lebih lagi selepas pihaknya mengesan kes jangkitan import wabak itu.

Beliau berkata, kes jangkitan import dikesan apabila rakyat negara ini kembali dari luar negara.

“Itu sebabnya, kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan pelaksanaan PKP, kita boleh terus mengesan dengan aktif, terutama di kawasan titik panas.

“Ia membolehkan kami mengesan pesakit lebih awal, mengasing dan merawat mereka.

“Jangkaan kami mungkin dalam tempoh dua minggu yang penting ini, jika semua bersama-sama memainkan peranan dengan duduk di rumah, mengamalkan jarakan sosial, membasuh tangan, dalam tempoh ini, (graf jangkitan Covid-19) kita boleh melandai lengkok (menurun),” katanya pada sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Ditanya sama ada saringan yang dilakukan mencukupi, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini Malaysia berada pada kadar 7.2 peratus iaitu kira-kria 10 peratus pada tanda aras ditetapkan oleh WHO.

Katanya, sebelum ini, WHO mengeluarkan laporan setiap 10 ujian yang dijalankan ada satu kes positif baru ia mencapai tanda aras ditetapkan.

“WHO mengeluarkan laporan jika kita laksanakan ujian dan banyak kes positif, ia bermakna masih banyak kes dalam komuniti.

“Kalau tengok ujian kita 43,462 dan kes positif sebanyak 3,116 atau 7.2 peratus, kira-kira 10 peratus. Ini bermakna kita sama dengan tanda aras WHO,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, WHO dilaporkan berkata, berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan April.

Ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo, berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan.

“Malaysia mempunyai jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan koronavirus baharu itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat