Kes Rasuah ECRL, SPRM Jangan Pilih Kasih – Tajuddin Rahman

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menggesa pihak Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera menjalankan siasatan tanpa ada sikap ‘pilih bulu’.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

“Jangan ada pilih kasih, bila ada orang besar pihak berkuasa tak nak ambil tindakan tapi bila orang kecil terus ada pendakwaan (seolah-olah) ada perbezaan antara big fish dan small fish, kena ambil tindakan (buka kertas siasatan) baru adil.

“Dulu pihak SPRM pernah cakap (keluar kenyataan) walaupun tanpa laporan, memadai dengan hearsay (khabar angin) siasatan akan tetap diteruskan jadi terserah kepada SPRM kerana mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan (membuka kertas siasatan atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Bakri sebelum ini mengesahkan menerima laporan berhubung projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Beliau turut berkata SPRM akan meneliti laporan tersebut, sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan siasatan lanjut atau sebaliknya.

Menurut sumber laporan tersebut berhubung pemberian kontrak membabitkan rundingan semula projek tersebut serta kenaikan kos yang didakwa hanya RM30 bilion kepada RM44 bilion.

Laporan terhadap bekas menteri kewangan itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, Isnin lalu.

Tajuddin seterusnya berkata isu salah guna dan rasuah membabitkan Tun Daim bukan perkara baharu, kerana bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohammad sendiri pernah mengakui mengenianya.

“Dulu (ketika belum jadi kerajaan) Tun Mahathir sendiri pernah cakap, dengar-dengar (Tun) Daim ni memang ada masalah (berkaitan rasuah).

“Tapi bila dia perlukan Daim untuk bantu kempen menangkan Pakatan Harapan dia panggil balik dan lepas menang terus lantik jadi orang kuat,” tegasnya lagi.

Sebelum ini, kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memaklumkan projek ECRL yang diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion akan dilaksana dan dilancarkan semula pada 25 Julai tahun lalu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat