PKP: Wanita Tak Mengaku Salah Maki Polis dan Halang Tugas Penjawat Awam

Pemimpin Politik Kaya Tiada Integriti?

Saya tertarik dengan lontaran penganalisis politik Dr Muhammad Asri Mohd Ali bahawa UMNO hilang integriti kerana kebanyakan pemimpin UMNO dan exco Pemuda UMNO adalah...

Hadi Awang adalah syaitan yang sebenar kata Siti Kasim

Kuala Lumpur - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang berkhayal dan disarankan untuk segera berjumpa dengan pakat sakit jiwa. Peguam, Siti...

Bapa M Nasir meninggal dunia

Kuala Lumpur: Bapa kepada seniman Datuk M Nasir iaitu Mohamed Sam, 96, menghembuskan nafas terakhir di Singapura sekitar jam 7.30 pagi, hari ini, disebabkan...

Usah asyik mengeluh

Dr Rahimah Saimin Firman Allah SWT mahfumnya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah ar-Rahman, ayat 13). Ayat ini jelas menuntut semua hamba-Nya...

Shuk Sahar mengaku silap, lepas rindu jumpa anak-anak

Kuala Lumpur: Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar semalam, bertemu dengan dua anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi,...

PETALING JAYA – Seorang Pengurus Jualan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 4 Petaling Jaya pagi ini atas kesalahan mengeluarkan kata kesat terhadap penjawat awam.

Tertuduh, Tong Poh Kim yang berusia 44 tahun itu dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada hari Selasa, 31 Mac 2020 jam lebih kurang 9.40 pagi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh ketika berada di Jalan Persiaran Surian Menghala Masuk ke Pelangi Damansara telah didapati berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata idiot.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100.

Manakala dalam pertuduhan kedua, wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama telah dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya.

Dia boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun dan denda RM10,000 atau kdua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang tampil ke mahkamah dengan berpakaian baju berkolar biru cerah dan berseluar hitam, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan selepas kertas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Nurshahira Abdul Halim.

Wanita itu difahamkan sudah berada di mahkamah seawal 8.30 pagi lagi bersama kakak saudaranya dan peguam belanya Datuk Suraj Singh dari firma guaman Messrs Suraj Singh & Co.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan mahkamah supaya tertuduh dibenarkan dijamin sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun, Suraj meminta mahkamahmengurangkan jumlah wang jaminan kerana tertuduh bekerja dengan berpendapatan RM2,000 sahaja.

Namun Hakim Nurshahira Abdul Salim yang mendengar kes membenarkan tertuduh dijamin dengan wang jaminan RM1,000 untuk pertuduhan pertama dan RM3,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Berita Berkaitan

Hadi Awang adalah syaitan yang sebenar kata Siti Kasim

Kuala Lumpur - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang berkhayal dan disarankan untuk segera berjumpa dengan pakat sakit jiwa. Peguam, Siti...

Polis Beragama Hindu terbabit bantu pergerakan berhala Thaipusam

KUALA LUMPUR: Anggota polis berbangsa India telah membantu untuk mempercepatkan pergerakan berhala selepas diminta penganjur pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam. Penganjur pergerakan dan Ahli Jawatankuasa...

UiTM Lanjut Pengecualian Sewaan Ruang Niaga

CYBERJAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui inisiatif UiTM Prihatin memberi lanjutan pengecualiaan sewaan selama enam (6) bulan lagi kepada para peniaga yang menyewa premis-premisnya...