Email Pembaca: Perlantikan Hadi, Pengiktirafan Untuk PAS

- Advertisement -

PEJABAT Perdana Menteri petang tadi mengumumkan perlantikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga ahli parlimen Marang, sebagai Duta khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri.

Hadi, selain figura politik terkenal di negara ini, turut mempunyai latar belakang hubungan antarabangsa yang agak menarik, terutama dalam dunia Islam seperti pernah dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia dan tersenarai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori pendakwah dan pembimbing rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan.

Tidak perlu dipertikaikan perlantikan ini kerana adalah menjadi amalan biasa bagi negara ini melantik duta-duta khas bertaraf Menteri ke negara-negara tertentu.  Dibawah pentadbiran BN umpamanya, Tun Samy Vellu pernah dilantik sebagai Duta Khas ke India, begitu juga dibawah pentadbiran kerajaan 22 bulan, seorang pembesar DAP dilantik sebagai Duta khas ke China.

Keputusan ini disifatkan banyak pihak sebagai tepat pada waktunya kerana negara memang perlu membina kembali hubungan baik dengan negara-negara di Timur Tengah ini.  Bukan rahsia, ada tindakan kerajaan dulu didakwa oleh sesetengah pemimpin politik tertentu sebagai telah menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

Antaranya, isu seperti tindakan mendedahkan perbualan telefon, didakwa antara seorang ketua kerajaan negara timur tengah dengan mantan Perdana Menteri negara ini, pembatalan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) dan sebagainya.

Sejauh mana kebenarannya (telah menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan), kita tidak pasti, tapi itulah dakwaan dibuat pemimpin-pemimpin politik yang berkenaan.

Yang nyata, ketika negara berhadapan cabaran ekonomi kesan dari tindakan yang diambil kerajaan untuk menyekat penularan wabak COVID-19 selepas ini, sudah tentu pengukuhan kerjasama dengan negara-negara Timur Tengah ini sangat penting.  Hadi dijangka mampu memainkan peranan yang lebih berkesan, paling tidak, boleh berkomunikasi secara langsung, tidak perlu orang tengah sebagai penterjermah.

Ini sudah tentu memudahkan banyak urusan.

Dalam masa yang sama, perlantikan ini juga bermaksud pengiktirafan kerajaan kepada PAS atas segala usaha parti tersebut dalam membawa wadah Islam dalam arena politik di negara ini.  Walaupun sepanjang haluan itu banyak kontroversinya, tapi banyak juga yang telah berubah, terutama selepas keluarnya secara beramai-ramai bekas pemimpin utama PAS untuk menyertai sebuah parti baru, yang didakwa DAP sebagai dalang di belakang penubuhannya – dakwaan yang dinafikan oleh DAP.

Begitu pun, bercakap tentang perlantikan ini, esok sudah tentu akan jadi hari yang sangat menarik, terutama dikalangan pemimpin-pemimpin parti PAN.  Silap-silap, malam ini pun meriah dah.

Tapi itulah politik, yang penting kerja kena jalan.

Ruhaizan Minhat
Kuala Kubu

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat