Biar Jeneral perang atur tarikh PRU-15 secara tertutup, berstrategi – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tarikh pilihan raya ialah senjata parti yang memerintah yakni Barisan Nasional (BN) dan sewajarnya perlu dibincang secara tertutup,” kata Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menegaskan, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi semula mandat kepada rakyat bukan dalam keadaan tergopoh-gapah atau di saat suasana yang berterabur.

Sebaliknya ketika rakyat bersedia dan yakin untuk memberi mandat semula kepada yang sedang berkuasa iaitu BN, tegas Annuar.

Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Ketereh itu menceritakan situasi yang berlaku di Dewan Merdeka sewaktu Konvensyen BN ke-48 semalam.

“Sewaktu Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanya kepada khalayak bila mereka mahukan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan kemudian disuruh berdiri. Saya perhatikan ramai terpinga-pinga, ramai juga yang spontan berdiri.

“Ada yang tunggu nak tengok kawan berdiri atau tidak. Ada yang berdiri tapi memberitahu pendirian yang berbeza. Biasalah dalam situasi yang begitu.

“Saya setuju PRU disegerakan sebaik saja BN benar benar sudah siap siaga. Tapi saya tidak pun berdiri. Saya tidak perlu berdiri hanya kerana orang lain berdiri, atau kerana segan, tak tergamak, kerana disuruh berdiri dan sebagainya,” tegas Annuar.

Pun begitu kata beliau lagi, isyarat supaya segera buat persiapan untuk PRU adalah sesuai memandangkan kita sudah masuk tahun ke-5 pasca PRU14.

“Memang wajar, kerana masa tidak banyak yang tinggal. Saya juga setuju PRU disegerakan, sebaik saja BN sudah siap siaga.

“Daripada arahan semalam oleh Perdana Menteri dan Pengerusi BN, terutama daripada Timbalan Pengerusi BN(Datuk Seri Mohamad Hasan), berapa lamakah agaknya masa diperlukan untuk benar-benar ready? Harapnya jangan terlalu lama, dan jangan juga terlalu cepat, sehingga yang belum “ready” dikatakan ready.

“BN perlu berhati-hati agar tidak silap perhitungan. Analisa “readiness” tidak boleh dibuat secara retorik. “State of readiness” bukan boleh ditanya segenap “tepi jalan”tapi dengan penuh cermat. Semak kesiagaan di kubu-kubu BN (retain) terlebih dulu,kemudian semak kawasan nak ditawan semula (regain). Hati-hati bila yang menyatakan ready tapi sebenarnya datang dari kawasan yang langsung tiada harapan untuk BN.

“Dalam kata lain, bilakah tarikh nak diadakan PRU, perlu jadi rahsia dan “trump card” para “general”. Merekalah yang harus bincang secara tertutup setelah menimbang semua sudut kesiapsiagaan,” nasihat beliau lagi.

Menurut Annuar bersandarkan pengalaman beliau yang telah banyak menyaksikan yang didakwa yakin menang, akhirnya kalah, yang dikata “ready” sebenarnya belum ready, yang kononnya ada dana, kehabisan dana selepas beberapa hari kempen bermula, yang dikatakan ramai “putih” akhirnya “hitam” dan sebagainya.

“Saya berpegang pada prinsip.Tarikh pilihan raya adalah senjata parti yang sedang memerintah…BN. Ia perlu dibincang tertutup.

“Sementara itu kita perlu jujur. Kalau sudah “ready” kata ready. Tapi kalau kerja pun belum buat, dana belum tersedia, data belum terurus,jentera belum terlatih, tapi kita mendakwa kita sudah “ready”, itu menolak ikhtiar namanya,” bidas beliau.

Sementara itu, Annuar memuji tiga garis panduan yang dicadang Perdana Menteri dalam ucapannya semalam amat relevan sekali.

“Itu namanya the winning formula. Sementara itu, yang terbaik bagi kita adalah untuk segera berkerja, merapatkan saf, mengawal kubu kubu BN, dan mengatur strategi menawan kawasan-kawasan lawan.

“Know yourselves, know your enemies, one hundred battles, one hundred victories” kata beliau memetik Tsun Tzu “The Art of War”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat