Penubuhan parti politik baharu boleh beri lebih pilihan kepada mengundi pada pilihan raya – Exco Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Penubuhan parti baharu dalam negara boleh memberikan pilihan yang lebih kepada pengundi dalam pilihan raya bagi mungkin bagi pengundi yang sudah kecewa dengan parti-parti yang sudah lama sebelum ini.

Exco Pemuda UMNO Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata kesan berkenaan ialah antara kesan positif apabila ada wujudnya beberapa parti baharu di dalam negara oleh pelbagai pihak kebelakangan ini.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad sudah mengesahkan mengambil alih sebuah parti politik yang bernama Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Semalam, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Parti Bersatu (Bersatu) menubuhkan satu parti baharu yang diberi nama Parti Wawasan Negara (Wawasan).

“Apabila Rafizi Ramli dan juga Datuk Seri Hamzah menubuhkan dua parti baru, ia menjadi perkembangan politik paling menarik untuk tahun ini.

“Tapi, kedua-duanya lahir daripada krisis dalaman parti asal masing-masing. Cuma sasaran pengundi mereka agak berbeza,” kata Shah Zanuriman kepada Suara TV hari ini.

Bagi beliau, penubuhan dan wujudnya parti baharu boleh membawa kesan positif atau negatif.

“Rafizi, kita lihat cuba menarik kelompok reformis dan juga pengundi PKR yang merasakan parti itu sudah jauh daripada idealisme asalnya.

“Datuk Seri Hamzah juga berpotensi untuk menarik penyokong Bersatu dan pengundi Melayu untuk mengikuti parti itu sebagai parti baharu,” ujarnya.

Beliau berkata kesan positif yang lain ialah ia akan memberi tekanan kepada parti sedia ada untuk membuat pembaharuan kerana apabila bekas tokoh besar parti keluar, mereka akan turut membawa bersama pengikut seida ada dan parti terpaksa mencari semula calon pelapis yang ada.

Shah Zanuriman menganggap selain kesan positif penubuhan parti-parti baharu, kesan negatifnya juga banyak

“Penubuhan parti baru ini akan menyebabkan undi semakin berpecah. Dalam sistem pilihan raya kita, parti baru sering menyebabkan undi kumpulan sasaran pecah, yang akhirnya pihak lawan yang akan mendapat manfaat walaupun tidak menambah sokongan.

“Ketidakstabilan politik juga saya lihat sebagai kesan negatif kerana kita, Malaysia, baru sahaja melalui pergolakan politik, pertukaran kerajaan, dan penjajaran semula jadi semakin banyak parti, semakin sukar untuk membentuk kerajaan yang stabil selepas pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata kesan negatif paling kuat sekali ialah ada risiko yang akan ditanggung oleh parti yang menjadikan seseorang individu sebagai pengasas parti baharu kerana parti itu hayatnya tidak akan lama.

“Saya rasa ada positif, ada yang negatif. Cuma daripada ruang demokrasi, ya, rakyat Malaysia meraikan. Itu tandanya demokrasi di dalam Malaysia, di dalam politik Malaysia masih lagi hidup.

“Namun, ukuran sebenar bukanlah pada jumlah parti, tetapi adakah mereka mampu membawa idea baru, dan adakah mereka mampu melahirkan pemimpin pelapis, serta menyelesaikan masalah rakyat atau sekadar menyusun semula pemain politik yang sama,” katanya.

END

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat