KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Tan Sri Annuar Musa membuat kiasan bahawa rumah agam Perikatan Nasional (PN) perlu diperbaiki untuk didiami dengan bahagia.
Namun kata Pengarah Pilihan Raya Pas itu mengingatkan, rumah agam PN yang dibaiki dan didiami itu mestilah berada di atas tanah yang dimiliki serta mempunyai geran yang sah.
“Rumah PN jika mahu didiami perlu dibaiki. Ahli keluarga yang mendiami perlulah hanya yang berharmoni, bersatu hati. Bukan terus sebumbung tapi berantakan.
“Atap bocor diganti, gelegar reput diperbaharui. Serambi boleh ditambah jika perlu agar lebih ramai dapat mendiami.
“Semua proses ini perlu dibuat dengan cermat dan berperingkat, serta mematuhi semua peraturan dan ikut kemampuan.
“Yang penting, rumah yang dibaiki dan didiami mestilah di atas tanah yang dimiliki serta mempunyai geran yang sah.
“Insya-Allah rumah semakin indah dan keluarga semakin bahagia,” nasihat Annuar.


