Tindakan Tegas Terhadap Pekebun Haram Berasaskan Undang-Undang – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan bertindak tegas dan tidak akan berkompromi dalam isu pencerobohan tanah kerajaan melibatkan pekebun haram musang king di daerah Raub.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan yang diambil kerajaan melalui perintah pengosongan adalah berlandaskan undang-undang.

“Dalam hal ini saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tiada berhasrat untuk menindas pekebun-pekebun terbabit.

“Sebaliknya ia sekadar bertindak sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang dan pekebun yang terbabit sewajarnya menjadi warga yang patuh undang-undang dengan mengosongkan tanah kerajaan yang mereka duduki secara haram selama ini,” katanya.

Pada 28 Ogos yang lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz membenarkan agar pendengaran permohonan 111 pekebun haram di Raub bagi semakan kehakiman untuk membatalkan notis pengosongan tanah tersebut dan ditangguhkan sehingga 28 Oktober depan.

Wan Rosdy berkata, sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, kerajaan negeri terpaksa menangguhkan sementara waktu semua tindakan penguatkuasaan notis pengosongan berkenaan.

“Kerajaan Negeri mengulangi ketegasan dan komitmen untuk bertindak tegas ke atas tanah-tanah diusahakan secara haram oleh pekebun-pekebun durian Musang King di Raub, yang kini tertangguh ekoran keputusan Mahkamah Tinggi mengenainya baru-baru ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat