Pemuda UMNO Raub Sokong Banteras Aktiviti Penerokaan Tanah Haram

- Advertisement -

Raub: Tindakan kerajaan negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Raub mengambil tindakan dan tidak tunduk ke atas peneroka tanah haram di daerah ini mendapat sokongan daripada Pemuda UMNO Raub.

Naib Ketua Pemudanya, Saudara Mohd Kamil Ibrahim berkata, sudah 20 tahun mereka ini mengaut keuntungan tanpa mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri Pahang. Kami menyokong tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri.

“Isu utama adalah masalah air sungai keroh yang kerap berlaku dan menyebabkan masalah bekalan air di Raub sering berlaku disini.

“Mereka peneroka tanah haram ini sangat rakus, kata beliau.

“Yang menjadi mangsa dan tohmahan ialah Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Raub dan kakitangannya, padahal peneroka tanah haram inilah punca, katanya ketika ditemubual oleh SuaraTV sebentar tadi.

Beliau memberitahu penerokaan tanah haram ini banyak berlaku di kawasan Sg Ruan, Sg Klau dan Tras, dah lebih 20 tahun masalah ini berlaku, ujarnya lagi.

“Jika pekebun kecil lain boleh diambil tindakan apatah lagi mereka yang meneroka tanah haram yang semakin berluasa ini.

Menurut Kamil lagi, mereka (peneroka tanah haram) memonopoli dan meletakkan harga durian yang kadang-kadang tidak masuk akal. Yang pelik dan jeliknya masih ada yang menyokong tindakan mereka yang tidak wajar ini.

Beliau juga mempersoalkan hak penduduk Raub yang kini mencecah hampir 100,000 orang jika peneroka tanah haram ini mempersoalkan hak mereka.

Siang tadi, sekumpulan peneroka tanah haram berkumpul “Selamatkan Pekebun Durian”. Yang mana kebanyakannya adalah peneroka tanah haram yang mengusaha tanaman dan menjual durian di Raub.

Mereka menyatakan ketidakpuas hatian tindakan kerajaan negeri dibawah YAB Dato Sri Wan Rosdy dan Pejabat Daerah dan Tanah Raub yang membanteras penerokaan tanah haram dan mempersoalkan hak mereka.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata pencerobohan tanah berkenaan telah berlaku sejak sekian lama dan individu terlibat juga telah mendapat hasil selama berbelas tahun tanpa diganggu-gugat.

“Tindakan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan mewujudkan suasana tidak sihat seperti mengalakkan orang lain untuk ceroboh dan teroka tanah kerajaan, sedangkan kita mempunyai undang-undang dalam hal ini.

“Kerajaan negeri boleh memusnahkan tanaman itu, seperti dibenarkan di bawah undang-undang, namun kita mencari pendekatan yang lebih baik iaitu diambil alih oleh anak syarikat negeri, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) dan perbincangan telah dilakukan dengan pihak terlibat,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Mohd Soffi berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Lee Chin Chen (PH-Bilut) yang ingin tahu sama ada perbincangan dilakukan dengan penanam Musang King di Raub berhubung operasi pemutihan itu.

-SuaraTV

Kredit foto: NST

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat