Hidupkan pentas seni

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bagi mengaktifkan semula premis ikonik yang ‘ditutup’ lebih tiga bulan berikutan penularan COVID-19, Istana Budaya mengambil inisiatif menerbitkan sendiri program yang bakal dipentaskan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Pengarah IB, Zaiton Md Desa, berkata usaha itu diambil bagi menghebahkan kepada pencinta budaya bahawa IB kini kembali menyemarakkan industri seni.

Menurutnya, IB mengorak langkah menerbitkan sendiri program berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan persembahan di premis tertutup hendaklah ditonton 250 orang termasuk kru, tidak memungkinkan syarikat produksi mementaskan projek di IB.

“Jika kerajaan beri kelonggaran dalam aspek jumlah penonton, mungkin produksi luar boleh menimbang untuk masuk semula ke IB.

“Namun, dengan kapasiti 250 orang merangkumi kru dan penonton, mereka pasti tidak mahu menanggung rugi,” katanya kepada BH Online.

Zaiton berkata, pihaknya sudah merujuk kepada pihak berkuasa mengenai kapasiti penonton yang dibenarkan menyaksikan persembahan dalam premis tertutup.

“Kami sangka 250 orang adalah jumlah penonton. Namun, jumlah itu sebenarnya termasuk tenaga produksi, artis dan penonton seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sehubungan itu, IB terpaksa memikir menerbitkan program yang tidak membabitkan ramai orang,” katanya.

Zaiton berkata, IB sedang memperhalusi cadangan menerbitkan program sulung dalam tempoh selewat-lewatnya dua minggu lagi.

Dengan kapasiti terhad, apa yang difikirkan relevan, kata Zaiton, adalah ‘showcase’ mini seperti akustik yang tidak membabitkan ramai tenaga produksi.

“Sebaik IB sudah bersedia dengan program sulung ini, kami akan umumkan kepada semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zaiton berkata, pengurusan IB terpaksa membekukan kertas cadangan projek daripada penerbit berikutan situasi semasa yang tidak menentu.

“Walaupun ada penerbit yang bertanya dan berharap jumlah penonton dapat ditambah, namun, IB enggan menanggung risiko dan mahu akur dengan arahan MKN,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai jadual IB dan wang pendahuluan yang sudah dibayar syarikat produksi untuk pementasan tahun ini, Zaiton memberi jaminan pertindihan jadual tidak akan berlaku kerana semua acara disusun sebaik mungkin apabila IB kembali aktif.

Mengenai wang pendahuluan, IB masih menyimpan deposit dijelaskan syarikat produksi.

“Jika ada pihak berhasrat untuk menarik diri, IB tiada masalah untuk memulangkan deposit dengan syarat perlu dilakukan mengikut prosedur.

“Buat masa ini, kami pegang wang pendahuluan sehingga tarikh baharu persembahan mereka.

Zaiton menjelaskan IB mula memikirkan idea untuk bergerak ke arah platform digital selain pementasan terbuka.
Zaiton menjelaskan IB mula memikirkan idea untuk bergerak ke arah platform digital selain pementasan terbuka.

“Tetapi jika ada yang ingin membuat tuntutan, kami tiada masalah memulangkannya kerana faham situasi negara ketika ini,” katanya.

Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, tambah Zaiton, IB memikirkan idea untuk bergerak ke arah platform digital.

“Kita sedang berbincang mengenai rancangan meluaskan kegiatan kepada platform digital. Beberapa kementerian sudah mula memilih platform digital, jadi IB harus mengikuti perkembangan semasa.

“Pada masa hadapan, penonton bukan sahaja boleh menyaksikan persembahan di IB, malah mungkin boleh melanggannya atas talian.

“Kami sedang mengenal pasti kaedah pelaksanaannya dan menimbang untuk bekerjasama dengan syarikat yang mahir dalam penstriman,” katanya.

BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat