Kembalikan momentum

- Advertisement -

SEBAIK sahaja kebenaran memulakan penggambaran dibenarkan kerajaan pada 10 Jun lalu, jadual lakonan Mona Allen kembali padat.

Pelakon bernama sebenar Munna Hafiraneza Allen, 35, ini kembali ke lokasi penggambaran drama bersiri Dia Bukan Bidadari yang ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tiga bulan lalu.

Dalam masa sama, dia turut terbabit dengan penggambaran drama bersiri Kebaya Kasut Kanvas arahan Emi Suffian Sabhe yang turut menampilkan Rozita Che Wan, Nabila Razali, Ikmal Amry dan ramai lagi.

“Agak susah untuk membahagikan masa kerana kedua-duanya adalah dari syarikat produksi yang berbeza. Jadual sangat padat dan selama sebulan, saya langsung tiada cuti. Saya kena fokus betul-betul untuk dapatkan semula momentum lakonan.

“Alhamdulillah walaupun sibuk dan padat, saya tetap jaga kesinambungan lakonan supaya tak lari dan menjadi bualan peminat nanti,” katanya.

Menurut Mona, Dia Bukan Bidadari menggandingkannya bersama Keith Foo dan Fazlan Hazim.

“Kami sepatutnya akan ke Istanbul, Turki untuk penggambaran berikutnya, tapi disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa dibatalkan.

“Mulanya rasa teruja kerana dapat berlakon di luar negara selama dua minggu. Persiapan pun sudah dibuat, tapi apakan daya jadi begini pula.

“Apapun kami semua terima kenyataan ini dengan hati terbuka kerana kesihatan dan nyawa lebih penting berbanding segalanya,” katanya.

MONA tetap jaga kesinambungan lakonan walaupun jadual padat.
MONA tetap jaga kesinambungan lakonan walaupun jadual padat.

Mona berkata, pengarah membuat keputusan meneruskan penggambaran di Bukit Tinggi dan Kuantan, Pahang dan melakukan perubahan pada skrip.

Mona yang pernah membintangi drama Monalisa bersyukur kerana kedua-dua syarikat produksi bertolak ansur, sekali gus memastikan penggambaran berjalan lancar.

“Mereka memahami situasi dan susun jadual sebaiknya. Seperkara lagi, saya kena dua watak yang kontra dalam kedua-dua cerita ini.

“Dalam Dia Bukan Bidadari, saya bawakan watak heroin, manakala menerusi Kebaya Kasut Kanvas, saya bawakan watak jahat, tapi bukan terlalu berat.

“Sebenarnya selepas lama tak buat watak jahat, saya akhirnya kembali berlakon watak ini untuk drama yang akan ditayangkan di TV3,” katanya.

Mona sebelumnya sinonim dengan watak jahat, namun perlahan-lahan berubah kepada watak lain termasuk heroin.

“Rasanya ramai yang rindu nak tengok saya bawa watak ini. Ikutkan bukan mudah juga nak bawakan watak sebegini.

“Sekarang saya nak habiskan apa yang ada dulu sebelum terima tawaran lain. Mungkin saya akan ambil satu atau dua tawaran sebelum ambil keputusan berehat sekejap.

“Mungkin saya akan pergi bercuti bersama suami ke tempat menarik. Walaupun kita duduk rumah ketika PKP, ia berbeza dengan pergi bercuti,” katanya yang berkahwin dengan pelakon Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.

JADUAL kembali padat.
JADUAL kembali padat.

Mona mengakui seronok melalui kehidupan berumah tangga bersama Pekin.

“Alhamdulillah, kami bahagia dan tak pernah berdepan sebarang masalah. Kami suka bergurau dan sering berkongsi kebahagiaan di Instagram. Peminat pun nampaknya suka dan nak tengok cara hidup kami dengan lebih mendalam. Itu sebabnya saya nak wujudkan saluran YouTube sendiri untuk paparkan kehidupan saya kepada peminat,” katanya.

Buat masa ini, Mona merakam suasana belakang tabir penggambaran yang dikongsi untuk peminat.

Ditanya mengenai zuriat, Mona berkata, dia dan Pekin belum dikurniakan rezeki.

“Kami tak pernah merancang keluarga dan sedia dapat anak pada bila-bila masa. Cumanya, kami belum ada rezeki lagi. Lambat atau cepat, ini semua ketentuan Allah.

“Namun, saya dan suami tak berhenti berusaha serta berdoa. Mungkin dengan cara bercuti dapat bawa rezeki kepada kami. Insya-Allah, suatu hari nanti akan ada,” katanya.

Pasangan ini pernah berlakon bersama dalam filem Manap Karaoke dan tampil dalam filem berjudul Salina pada tahun depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat