DAP tak perlu meracau dengan penahanan Jeffrey Chew – NAZIR HUSSIN

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...

Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Bunuh Diri Dalam Lokap Thailand

KANGAR - Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan meninggal dunia semasa berada dalam lokap Polis Daerah Padang Besar, Sadao, Thailand, Jumaat lalu. Lelaki yang berasal dari...

PAS, Umno & Bersatu Tak Boleh Berpisah – Hadi

Cyberjaya - PAS, Umno dan Bersatu tidak boleh berpisah dalam arena politik negara hari ini. Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang beekata demikian dalam status...

SHAH ALAM – DAP tidak perlu meracau atau kelam kabut dengan penahanan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, penahanan itu masih di peringkat siasatan berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, katanya, DAP tidak perlu panik dan melatah sekiranya yakin bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang itu tidak bersalah.

“Ramai sudah pemimpin lain termasuk pemimpin tertinggi UMNO yang kena siasat dan semuanya profesional.

“Sepatutnya DAP juga bertindak profesional dengan memberikan kerjasama kepada pihak SPRM,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN – Jeffrey Chew direman kes terowong dasar laut

Nazir Hussin berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan DAP yang meminta ahli dan penyokongnya untuk mengadakan satu himpunan solidariti bagi mempertahankan Jeffrey Chew.

Jeffrey Chew yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Georgetown pada jam 2 petang semalam untuk membantu siasatan.

Difahamkan SPRM menyiasat kes terowong itu selepas mendapat bukti baharu dan susulan itu ramai saksi susah dipanggil termasuk Jeffrey Chew selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk direkod percakapan.

Pada 4 Mac lalu, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang di mana kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018.

Sementara itu, Nazir Hussin meminta Majistret yang mengendalikan kes Jeffrey Chew agar tidak tunduk kepada tekanan daripada DAP.

“Majistret tidak boleh membuatkan rakyat rasa gelisah dengan memberi layanan istimewa kepada DAP. Tiada siapa boleh dilayan sebegitu istimewa. Diharap perintah tahanan reman penuh dikenakan supaya siasatan dapat dilengkapkan dengan benar-benar telus.

“Saya meminta SPRM supaya tidak menjalankan siasatan terpilih. Tidak adil untuk rakyat Malaysia sekiranya ada siasatan yang terpilih,” katanya.

Berita asal: SINAR HARIAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...