Polis gempur ‘Kampung Rohingya’ di Seremban

- Advertisement -

SEREMBAN: Keresahan penduduk berhubung kebanjiran warga Rohingya di Taman Jujur, dekat Sikamat, di sini sehingga mendapat jolokan ‘Kampung Rohingya’ atau ‘Kampung Burma’ berakhir, apabila digempur pihak berkuasa malam tadi.

Difahamkan, etnik Rohingya sudah menetap di kawasan itu sejak 20 tahun lalu membabitkan tiga generasi, sekali gus menimbulkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penduduk setempat yang berasa keselamatan mereka semakin terancam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Khalid Othman berkata, dalam operasi yang bermula jam 10 malam itu, pihaknya memeriksa 340 warga asing yang tinggal di taman perumahan berkenaan iaitu 335 etnik Rohingya, tiga warga Indonesia dan dua warga Bangladesh.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati 24 etnik Rohingya membabitkan 15 lelaki, enam wanita dan tiga kanak-kanak tiada dokumen pengenalan diri, manakala bakinya dengan kebanyakannya mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR),” katanya ketika ditemui, sejurus operasi tamat.

Abd Khalid berkata, turut ditahan adalah tiga lelaki warga Indonesia dan dua lelaki Bangladesh kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (C) iaitu tinggal lebih masa.

“Semua yang ditangkap akan dibawa ke Pejabat Unit Tindakan Imigresen, Senawang, dekat sini, untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng.

“Operasi bersepadu ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS),” katanya.

Mengulas kebanjiran etnik Rohingya di kawasan berkenaan, Abd Khalid berkata, operasi itu dijalankan susulan aduan daripada penduduk yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.

“Difahamkan mereka berkampung di sini sejak 1990-an dan sehingga kini terdapat tiga generasi etnik itu yang tinggal di sini. Kegiatan mereka yang berkumpul secara beramai-ramai membuatkan penduduk gelisah.

“Operasi ini juga bagi mengesan jika berlaku kegiatan jenayah dan pihak Jabatan Imigresen juga pada masa sama cuba mengesan saki baki mereka yang terlepas di Bidor, Perak, baru-baru ini,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat