Istana Budaya luncur program 2024 & buku rekaan kostum

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC ) bukan hanya menumpukan kegiatan pelancongan sahaja malah turut memberi pendekatan kegiatan kesenian dan kebudayaan kerana ia merupakan khazanah warisan negara.

Demikian menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Mohd Yusri Mohd Yusoff ketika meluncurkan Program Istana Budaya 2024 dan Buku Rekaan Kostum di sini pada Khamis.

Katanya, MOTAC berpegang teguh kepada Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) yang menggariskan tentang visi, misi dan strategi yang jelas ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, rakyat berbudaya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Istana Budaya (IB) , Zubaidah Mukhtar berkata, Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Artis Tari IB (ARTISTANA) akan meneruskan siri jelajah Kempen Gerak ke beberapa tempat bagi membangunkan kecemerlangan artistik dalam seni persembahan bertaraf dunia.

Menurut Zubaidah, IB kini belum beroperasi disebabkan kerja-kerja penambahbaikan dan dijangka beroperasi pada 2026, namun pihaknya tetap menganjurkan tiga buah program utamanya iaitu Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia, Lambang Sari Series dan Teater Muzikal Puteri Hang Li Po dan akan membawa persembahan bertaraf dunia ini ke Melaka seiring dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Sounds of Malaysia pula koblarasi bersama Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta melibatkan mahasiswa dan alumni sebagai satu platform seni persembahan dan perkongsian ilmu muzik tradisional Malaysia menerusi bengkel yang akan diadakan kelak.

“Kejayaan program Lambang Sari Series masih diteruskan kerana telah dibuktikan melalui penjualan tiketnya di luar jangkaan (full house) tahun lalu.

OSK kekal membawa corak muzik yang unik jenis klasikal dan pop dengan tema Klasikal Barat, Patriotik dan Bersama Bintang untuk tahun ini, ”katanya lagi.

Menurutnya, Teater Muzikal Puteri Hang Li Po pula kembali dihidupkan dengan nafas baru oleh IB dengan mengimbau sejarah kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang pernah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 2004.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, teater ini akan dipentaskan secara ekslusif di pentas Encore Melaka.

“Pihaknya berjaya memperoleh nilai publisiti media lebih RM750 juta buat keseluruhan penglibatan IB sepanjang tahun lalu, termasuklah segala bentuk pementasan, program anjuran IB dan program kerjasama dengan MOTAC serta jabatan, agensi dan insitusi kerajaan.

Tahun ini, pihaknya menyasarkan
penglibatan serta penyertaan yang menggalakkan dari pelbagai pihak dalam memberikan sokongan terhadap persembahan anjuran IB yang dipentaskan di pelbagai tempat sepanjang Kempen Gerak dilaksanakan, ”ujarnya lagi.

Selain itu, Zubaidah berkata pihaknya sentiasa terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan sebagai rakan strategik (smart partnership) serta penggiat seni tanah air untuk bekerjasama dalam menganjurkan persembahan di dalam dan luar negara sepanjang bangunan panggung ditutup.

IB turut mengumumkan penerbitan dua buku rekaan kostum iaitu Teater Muzikal Hang Li Po & Muzikal Cheng Lock dan Teater Kanak-Kanak Muzikal Ali Baba & Muzikal Sinbad.

Buku ini merupakan penerbitan ilmiah dalam memberi pendedahan tentang proses rekaan dan penyediaan kostum yang digunakan dalam persembahan terbitan IB.

Pengarangnya, Badrul Zaman Abdul Jalil berkata, buku ini amat bermanfaat untuk dijadikan koleksi serta bahan rujukan kepada penggiat seni dan pelajar pengajian seni dalam merealisasikan rekaan kostum seni persembahan.

Sementalah itu, Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH) Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, Wartawan Hiburan Harian Metro, Mohamad Ridzuan Abdul Rahman dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menerima penghargaan daripada IB di atas kerjasama baik diberikan menerusi publisiti media tertinggi untuk aktiviti hiburan, tahun lalu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Balai Seni Negara, Ameruddin Ahmad. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat