Jho Low Dipercayai Jadi Tahanan Rumah Di Shanghai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, dipercayai berada bawah tahanan rumah di Shanghai, China.

Maklumat ini dimaklumkan pengarang bersama “Billion Dollar Whale”, Bradley Hope.

“China mengawal Jho Low dengan ketat disebabkan rundingan dengan Malaysia, juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintipan ditangkap dan rakan kongsinya di CCCC (China Communications Construction Company) disingkirkan,” katanya lapor FMT.

Menurut Bradley daripada aset risikan, Jho Low yang juga individu yang paling dikehendaki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini menjadi liabiliti selepas Datuk Seri Najib Razak disingkirkan pada PRU 2018.

Semalam, Al Jazeera melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Jho Low dipercayai “bersembunyi” di Macau.

Jho Low didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat atas tuduhan mendalangi penyelewengan USD4.5 bilion dana 1MDB.

Beijing sebelum ini menafikan melindungi Low.

Malam tadi, dilaporkan bahawa sumber SPRM mengesahkan Kee Kok Thiam, bekas pembantu Low yang memaklumkan pihak berkuasa Malaysia mengenai keberadaan Low di Macau, meninggal dunia akibat angin ahmar.

Difahamkan walaupun suspek meninggal dunia, namun siasatan SPRM terhadap ahli perniagaan itu tetap berjalan.

“SPRM kini berjaya mengesan kembali kira-kira AS$5 juta (iaitu) aset dan wang tunai 1MDB di Singapura.

“Siasatan SPRM tetap berjalan bagi mendapatkan semula dana-dana 1MDB yang dikaitkan dengan mendiang,” katanya lapor BH.

Terdahulu, tular satu pemberitahuan memaklumkan mengenai kematian mendiang ahli perniagaan, Kee Kok Thiam, 56.

Mendiang dijangka dikebumikan di tanah perkuburan cina Jinjang Selatan, jam 10 pagi ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Kok Thiam, ahli perniagaan dipercayai sekutu Jho Low itu dipercayai berada di Macau, selepas menghilangkan diri pada 2018.

Sumber berkata, hasil penggeledahan rumah lelaki berkenaan pada 3 Mei lalu juga, kira-kira RM30 juta termasuk aset dan akaun dikaitkan 1MDB diperoleh ahli perniagaan itu kemudian dibekukan.

Lelaki berkenaan yang juga seorang bekas pegawai 1MDB diserahkan notis perintah untuk hadir ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 10 pagi, 3 Mei lalu, selepas dia dibawa pulang SPRM ke Malaysia bagi siasatan lanjut berkaitan penyelewengan 1MDB dan SRC International.

Penyerahan notis itu dibuat selepas lelaki berkenaan tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2), pada 3.30 pagi, hasil kerjasama dengan agensi penguat kuasa dari luar negara.

Hasil siasatan SPRM mendapati lelaki itu menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC melalui akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

Selain itu, siasatan juga membuktikan bahawa beliau menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Kata sumber itu lagi, SPRM dengan kerjasama pihak berkuasa Singapura berjaya membawa pulang wang dianggarkan berjumlah RM16 juta daripada syarikat Totality Limited milik seorang ahli perniagaan pada 26 April lalu.

Konspirasi yang dilakukan adalah dengan mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan AS$700 juta kepada Good Star Ltd, yang didakwa dimiliki oleh Jho Low.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat