PBRS Tolak Cadangan Adun Telupid Wujud Sistem Tol Di Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup hari ini menegaskan penolakannya terhadap cadangan Adun Telupid Jonnybone Kurum (PBS / GRS) supaya diwujudkan sistem tol di jalan raya negeri itu.

Arthur Joseph Kurup berkata sistem kutipan tol tidak sesuai dilaksanakan di Sabah dan keadaannya adalah berbeza dengan Semenanjung.

“Berikutan dengan cadangan daripada YB Jonnybone Kurum, ADUN Telupid yang telah mencadangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah untuk mewujudkan sistem tol di Sabah, saya selaku Ahli Parlimen Pensiangan dan juga mantan Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, menolak cadangan pengwujudan sistem tol di Sabah.

“Jalan-jalan Persekutuan di Sabah merupakan laluan utama yang menghubungkan antara daerah dan ini berbeza dengan Semenanjung yang mempunyai jalanraya alternatif,” kata Arthur Joseph Kurup

“Di Semenanjung, pengguna boleh memilih lebuhraya bertol untuk lebih cepat sampai ke destinasi atau laluan alternatif yang tidak bertol yang mungkin lebih jauh jaraknya. Tetapi di Sabah kita tidak ada alternatif.

“Ini perlu ditekankan dan difahami oleh YB yang mencadangkan mewujudkan tol di Sabah. Tidak wajar untuk kita memaksa penguna jalan raya Sabah membayar tol tanpa sediakan laluan alternatif.

“Tambahan lagi apabila pembinaan Pan Borneo Sabah yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Ke-6 (Datuk Seri Najib Razak), Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan bebas tol.

“Sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah saya menegaskan ia merupakan satu keistimewaan untuk orang Sabah yang harus dikekalkan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Ini merupakan salah satu agenda yang saya perjuangkan ketika berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia,” katanya, dipetik dari kenyataannya kepada media hari ini.

Arthur Joseph Kurup  yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata keistimewaan yang diberikan ini (lebuh raya tanpa tol) memainkan peranan penting dalam meningkat lagi ekonomi dan sosial rakyat Sabah.

“Selain memudahkan pergerakan antara daerah ianya juga akan membantu melancarkan urusan logistik bagi pembangunan, memudahkan transaksi perniagaan yang pastinya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi rakyat dan saya percaya rakyat mahu keistimewaan lebuhraya tanpa tol dikekalkan.

“Di zaman ini di mana kita sedaya upaya mencari kaedah untuk menghapuskan tol atau mengurangkan tol bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

“Adalah tidak wajar timbul pula cadangan untuk mengenakan bayaran tol di Sabah yang selama ini rakyat menikmati jalanraya bebas dari tol,” tegasnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat