Krisis Bunga: Harimaulah Sangatkan!!

- Advertisement -

EMAIL PEMBACA

SEORANG kolumnis akhbar berbahasa Inggeris dalam tulisannya hari ini, menyifatkan kehadiran mengejut seorang bekas Pengerusi parti (yang terhenti keahliannya) di ibu pejabat parti berkenaan untuk bersemuka dengan orang yang “menghentikan keahliannya”, seumpama seekor “harimau yang sedang marah”.

Dalam bahasanya sendiri “angry tiger”.

Mengukuhkan lagi pendapatnya itu kata kolumnis berkenaan bila Setiausaha Kerja parti tidak keluar bilik walau dipanggil dan Setiausaha Agung parti yang sepatutnya mengadakan sidang media pada masa dan lokasi yang sama, membatalkan acara tersebut berikutan kehadiran bekas Pengerusi itu tadi.

Drama ini berlaku di tengah-tengah krisis politik yang melanda antara parti paling kecil dalam negara itu.

Apa pun nak kata, rasanya kejadian ini bukan sebab harimau atau apa binatang yang lain.

Hakikatnya kalau dipandang secara keseluruhan, apa yang berlaku pada Jumaat itu bukanlah sebab takut dengan “harimau marah”, tapi lebih kepada mengelak konfrantasi dengan orang yang bukan setakat tua, tapi sudah amat-amat tua.

Bangsa Melayu cukup terkenal dengan sifat menghormati orang tua sehingga wujud pepatah “yang tua dihormati yang muda disayangi”. Bukan rahsia kalau ada konfrantasi dengan orang lebih tua sekalipun, ia tidak dibuat secara terang-terangan sebab buruk benar rupanya yang muda bertelagah dengan orang tua.

Sudahlah orang tua itu tidak datang seorang, sebaliknya bawak rombongan. Tak mustahil dia hanya cakap sepatah dua, yang lebih tu diambil alih ahli rombongannya.

Justeru mengelak adalah lebih baik sebab kalau keluar di media, bukan setakat tidak menyelesaikan masalah bahkan akan menjejas reputasi yang terlibat secara peribadi.

Dalam politik, reputasi penting.

Saihul Zaki
Pendang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat