Affin Bank jangka impak COVID-19 lebih ketara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd menjangkakan impak daripada pandemik COVID-19 menjadi lebih ketara pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020, menurut Kenanga Research.

Firma penyelidikan itu berkata, berdasarkan slaid pembentangan Affin Bank kepada penganalisis baru-baru ini, bank itu dilihat menurunkan pulangan sasaran ekuiti ‘Affinity in Motion’ (AIM22) kepada tujuh peratus pada tahun kewangan 2022 daripada lapan peratus sebelum ini.

“Sasaran AIM22 lain ialah nisbah susut nilai pinjaman kasar kurang daripada 2.5 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan kurang daripada 55 peratus,” katanya dalam nota, hari ini.

Jumaat lalu, Affin Bank mengumumkan keuntungan bersihnya pada suku ketiga tahun kewangan 2020 merosot kepada RM48.72 juta daripada RM72.40 juta pada suku tahun sama tahun lalu, manakala perolehan meningkat kepada RM694.20 juta daripada RM474.26 juta sebelum ini.

Bagi suku ke suku, bank itu menyaksikan keuntungan bersih suku ketiga tahun kewangan 2020 susut 28 peratus berikutan kadar cukai yang lebih tinggi, manakala tanpa kerugian Modifikasi Satu Hari RM80 juta pada suku tahun sebelumnya, sebahagian besarnya digunakan untuk menempah peruntukan pinjaman awal sebanyak RM70 juta pada suku ketiga.

Sehubungan itu, Kenanga Research berkata, liputan kerugian pinjaman (LLC) bank itu kini sebanyak 61 peratus, merapatkan jurang kepada sasaran 70 peratus pada akhir 2021 yang dikongsi oleh pengurusan sebelum ini.

“Oleh itu, kami yakin trend kos kredit akan datang akan banyak bergantung kepada prospek kualiti aset,” katanya.

Walaupun keuntungan selepas cukai syarikat dan kepentingan minoriti bagi anggaran tahun kewangan 2020 dikurangkan sebanyak empat peratus, Kenanga Research terus mengekalkan penarafan ‘prestasi menggalakkan’ ke atas Affin Bank dengan harga sasaran lebih tinggi sebanyak RM1.50 daripada RM1.45 sebelum ini.

“Pada pandangan kami, kekuatan modal Affin Bank telah memberi ruang yang mencukupi untuk kumpulan menyerap elaun susut nilai pinjaman yang diperlukan berkaitan impak daripada pandemik, selain membina LLC,” katanya.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat