Peruntukan JPM naik 10.7 peratus, tapi semua duta khas cuma di Kuala Lumpur – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut jawapan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peningkatan 10.7 peratus peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang didakwanya wujud pertindihan jawatan.

Beliau membangkitkan kewajaran memperuntukkan RM482 juta perbelanjaan mengurus kepada JPM di bawah Belanjawan 2021, iaitu peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding tahun lalu dan menyoal apakah ia termasuk bayaran lantikan politik.

“Di JPM sahaja lima menteri penuh, lima timbalan menteri dan dilihat senarai jawatan membabitkan penasihat khas media dan komunikasi, penasihat khas ekonomi, pejabat utusan khas, pejabat duta khas ke Timur Tengah, pejabat duta khas ke China, penasihat khas kesihatan awam, pejabat duta khas Jepun, Republik Korea dan Taiwan.

“Saya nak tanya apa peranan Kementerian Luar Negeri? Bila kita terpaksa lantik dan bebankan negara dan rakyat dengan jumlah pengurusan yang tinggi.

“Dengan penambahan yang ketara itu, bagi saya tugas mereka adalah pertindihan dengan peranan yang mampu dilakukan oleh Kementerian Luar dan duta-duta besar kita di seluruh dunia.

“Membincangkan soal Covid-19 dan kerajaan prihatin saya rasa tidak setimpal dengan membayar, memberikan upah kepada jawatan yang tidak berkesan dan Covid-19 ini duta-duta khas ini ke mana mereka pergi? Semua di Kuala Lumpur,” tegas Anwar dalam sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa banyak lantikan politik ini diselindung di bawah JPM.

“Jadi lantikan politik ini rupanya diselindung di bawah JPM, saya mahu Perdana Menteri sendiri bangun untuk menjawabnya apa keperluan?
“Ini dalam keadaan kita uar-uarkan ini adalah kerajaan prihatin Covid-19, saya nak tanya apa hubungan peruntukan berjuta ini dengan derita rakyat miskin yang menganggur menuntut pertimbangan kerajaan,” ujar Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat