Pembangkang sukar menonjol musim banjir, PM ‘care taker’ masih Umno, BN – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangkang dan musuh Umno dan Barisan Nasional (BN) tahu jika Parlimen dibubarkan, mereka dalam keadaan paling tidak bersedia untuk menghadapi rakyat dan tidak ada mekanisne serta jentera untuk membolehkan bergerak dengan berkesan seperti BN khususnya.

Kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mereka sedar walaupun Parlimen bubar, Perdana Menteri ‘care taker’ ialah dari Umno dan BN yang bakal menjalankan fungsi sebagai kerajaan sementara.

Jelas Pengerusi BN itu, bermakna Perdana Menteri BN masih berkuasa sehingga kerajaan baru dibentuk.

“Perdana Menteri ‘care taker’ inilah melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi.

“Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Bencana Negara,” jelas Zahid.

Bukan cuma itu, kata beliau lagi dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musim tengkujuh Perdana Menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh.

“Ini menyebabkan pembangkang berasa sangat terkesan.

“Pembangkang kurang mampu bersaing di padang sama rata dengan parti pemerintah sementara ketika pembubaran Parlimen.

“Kelebihan ini tidak ada pada pembangkang dan inilah paling dibimbangi oleh pembangkang. Perdana Menteri care taker masih mempunyai kuasa yang besar seperti lazim amalan dan konvensyen yang berlaku di negara komanwel,” jelas Zahid lagi.

Dalam pada itu beliau menegaskan, pilihan raya ketika menjelang musim banjir, bukanlah bermakna pilihan raya diadakan pada musim banjir melanda seluruh negara.

“InsyaAllah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi.

“Pembangkang tersalah langkah menggunakan mitos dan naratif banjir seolah-olah suatu yang tak dapat ditangani dan cuba menakutkan pengundi. Ini juga pembangkang pernah gunakan ketika pandemik Covid-19 tapi gagal.

“Akhirnya akibat pembangkang menggunakan isu bencana pandemik sebagai kempen menolak PRN Melaka, Johor dan Sarawak misalnya, pembangkang sendiri tersungkur dihukum oleh pengundi mereka sendiri.

“Pembangkang bakal berdepan ulangan kekalahan ini,” dakwa beliau.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menyebut dalam keasyikan pembangkang menggunakan mitos dan naratif banjir musim tengkujuh pembangkang terperangkap dengan mitos dan naratif mereka sendiri.

“Banjir di daerah Baling pada berlaku pada bulan Julai lepas. Manakala banjir di Batu Pahat dan Pontian berlaku pada bulan September. Itu pun kelibat pembangkang tidak turun ke kawasan banjir di Pulai, Sri Gading dan parlimen Iskandar Puteri.

“Ini juga membuktikan banjir boleh berlaku tidak semestinya pada musim tengkujuh dan apabila banjir berlaku sikap sebenar kelibat ahli parlimen tidak dirasai oleh pengundi mereka sendiri. Inilah kelemahan pembangkang yang mereka cuba tutupi dengan mitos dan naratif mereka ciptakan.

“Berbanding Umno yang sentiasa prihatin dan setiap jentera bahagian, wanita, pemuda, puteri turun membantu bukan sahaja masa tengkujuh tetapi bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Itulah kelebihan dan kekuatan Umno terletak akar umbi yang kuat yang ditakuti oleh pembangkang dan musuh BN,” bidas Zahid.

Justeru katanya apabila pembangkang tidak ada kelebihan ini, usaha melengahkan pilihan raya umum terus dilakukan.

“Maka, janganlah kita terpedaya tipu daya pembangkang yang masih cuba bina mitos dan naratif yang lemah dan dangkal,” seru beliau.

Selain itu katanya, pembangkang percaya semakin dilengahkan pilihan raya maka peratus kemerosotan mereka akan dapat dibaiki dan semakin naik populariti mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat