Perdana Menteri Disambut Sebagai Wira

- Advertisement -

SEPANG – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob disambut sebagai wira sekembalinya daripada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau bersama rombongan tiba di kompleks tersebut kira-kira pukul 11 malam dan disambut oleh ribuan yang hadir.

Sambutan ini diberikan atas keberanian Ismail Sabri
memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat menentang penindasan di Palestin dan Myanmar.

Malah beliau turut lantang mengkritik ketidakadilan PBB kerana kuasa veto.

Beliau juga dilihat sebagai pejuang Bahasa Melayu tulen kerana mengangkat darjat bahasa kebangsaan itu ketika berucap di UNGA.

Di antara pemimpin yang hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique.

Turut sama ialah Tokoh Bahasa merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan; Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr. Mohamad Salleh Rahamat dan Gabungan Penulis-Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan.

Sementara itu, Awang Sariyan mengucapkan tahniah dan penghargaaan kepada Perdana Menteri kerana mengotakan kata mengangkat Bahasa Melayu ke peringkat tertinggi.

“Ertinya beliau mengatakan Bahasa Melayu patut diangkat ke peringkat antarabangsa dan telah membuktikannya.

“Bukan sahaja sdi peringkat ASEAN bahkan peringkat Pertubuhan Bangsa Bersatu. Satu pertemuan terbesar, pertemuan paling mulia di peringkat dunia.

“Dan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mengulang sejarahnya,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat