Anwar usul bahas krisis ekonomi, kejatuhan Ringgit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk membahaskan permasalahan ekonomi pada sidang Dewan Rakyat yang bermula 3 Oktober ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan masalah ekonomi yang melanda kini melibatkan krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan parah mata wang negara yang telah menjejaskan kehidupan rakyat dan isu ini teramat memberi kesan kepada rakyat dan negara.

“Krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai Ringgit memberi kesan yang besar khususnya kepada rantaian bekalan makanan dan perkhidmatan kepada rakyat.

“Krisis ini juga berlaku selepas pasca pandemik Covid-19 yang telah memberi kesan selama dua tahun,” jelas Anwar.

Tegas beliau lagi, usul yang dikemukakan itu melibatkan kepentingan orang ramai kerana kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai mata wang melibatkan setiap lapisan masyarakat khususnya terhadap rakyat dari golongan rentan malah turut menjejaskan para peniaga dan rakyat secara keseluruhannya.

“Usul ini hendaklah disegerakan kerana kenaikan harga barang yang mendadak dan kejatuhan nilai mata wang negara terkini memberi kesan terus kepada rakyat baik jangka pendek dan jangka panjang,” ujarnya.

Justeru Anwar memohon agar usul berkenaan dapat dipertimbangkan oleh Azhar Azizan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat