SBI Offshore Pecat Mirzan Mahathir Sebagai Pengerusi

- Advertisement -

SINGAPURA – Mirzan Tun Dr. Mahathir, dipecat sebagai Pengerusi SBI Offshore selepas kalah undian ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, semalam.

Menurut portal The Edge Singapura, pemecatan Mirzan itu selepas 70.05 peratus pemegang saham syarikat terbabit menolak perlantikan semula beliau sebagai pengerusi berbanding hanya 29.95 peratus yang menyokong.

Mirzan yang juga merupakan anak kepada bekas perdana menteri menjadi pemegang saham utama SBI Offshore pada September 2014 selepas mengambil alih 10.8% kepentingan di dalam syarikat menerusi penempatan persendirian pada harga 26.05 sen sesaham.

Pada AGM yang diadakan pada Isnin, seorang lagi pengarah syarikat, James Kho Chung Wah, telah dilantik semula.

Selain undi menyingkirkan Mirzan, pemegang saham juga menolak dua resolusi yang dibentangkan.

Sebanyak 66.43% undi menolak usul pembayaran fi pengarah sebanyak S$120,000 (RM368,712) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 untuk dibayar berasaskan suku tahunan dari segi tunggakan.

Di samping itu, mereka juga tidak memberikan kuasa kepada syarikat untuk menerbitkan saham atau menerbitkan saham sebagai ganjaran prestasi.

Pada 12 Jun lalu, SGX RegCo dilaporkan memeriksa SBI Offshore atas kemungkinan melanggar peraturan penyenaraian serta pelanggaran tugas fidusiari pengarah, berikutan penemuan laporan audit khas oleh RSM Corporate Advisory.

Audit khas itu adalah atas arahan SGX RegCo pada Disember 2018, bagi menyiasat penjualan kilang di China, yang dijual oleh SBI Offshore hanya pada harga RMB18 juta – yang dianggap diskauan besar berbanding nilai bukunya antara RMB38 hingga RMB40 juta.

Laporan audit khas itu, diterbitkan oleh RSM pada 12 Jun, merumuskan bahawa SBI Offshore ada mengambil proses “mencukupi dan munasabah” untuk cuba dan menjual kilang tersebut. Harga transaksi RMB18 juta mewakili tawaran terbaik yang mereka terima semasa tempoh berkenaan.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan audit khas RSM itu juga mendapati beberapa isu berkaitan kilang yang sama turut berbangkit.

Satu daripadanya, apabila SBI Offshore membeli kilang itu, perjanjian pengambilalihan tidak mengandungi butiran mencukupi untuk aset itu dibeli.

Tiada penilaian dilakukan sebelum memuktamadkan perjanjian pembelian bagi menilai dan menyokong pertimbangan pembelian sebanyak RMB32 juta ketika itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat