Harakah mohon maaf sebar berita palsu kematian Abdul Khalid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harakah Daily hari ini tampil memohon maaf atas kesilapan siaran berita yang memaklumkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia.

Harakah Daily dalam muat naik terbaru di Facebooknya memberitahu, kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan.

“Kami ingin memohon maaf khususnya kepada ahli keluarga Tan Sri Khalid Ibrahim atas kesilapan menyiarkan berita kematian Tan Sri di FB HarakahDaily pada 28 Julai 2022.

“Kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan dan kami dengan setulus hati mendoakan semoga Tan Sri diberi kesembuhan yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT,” kata Harakah.

Terdahulu, pengendali akaun Facebook Abdul Khalid menyangkal berita kematian yang dilaporkan akhbar milik PAS itu.

“Tan Sri Abdul Khalid b Ibrahim masih menerima rawatan di hospital. Justeru, berita yang tersebar deras awal malam ini bahawa beliau telah meninggal dunia adalah tidak benar.

“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar.

“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya.

Abdul Khalid dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan paru-paru, namun keadaannya kembali stabil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat