Kerajaan Keluarga Malaysia, Kerajaan Paling Berjaya – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kepimpinan kerajaan Keluarga Malaysia dikatakan kerajaan paling berjaya melakukan pelbagai tindakan demi negara yang lebih baik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, 209 ahli Parlimen rentas parti sebulat suara menyokong usul pinda Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti ialah satu lagi kejayaan besar transfomasi Parlimen dicipta oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Terbukti kepimpinan kerajaan Keluarga Malaysia merupakan kerajaan yang paling berjaya melakukan pelbagai tindakan demi negara yang lebih baik,” ucap Annuar.

Perdana Menteri berkata, RUU ini penting bagi memastikan kestabilan politik yang berpanjangan.

“Ini adalah isyarat yang jelas bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat mengamalkan politik matang berteraskan semangat Keluarga Malaysia dengan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dalam apa juga perancangan dan pelaksanaan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat