RUU Anti Lompat Parti pulihkan sistem demokrasi negara

- Advertisement -

OLEH: Muhammad Nazmi Hakimi Bin Mohd Eirman

Semalam, telah terciptanya sejarah baru buat negara apabila RUU Anti Lompat Parti diluluskan di Dewan Rakyat dengan majoriti 2/3 manakala terdapat 11 ahli parlimen tidak hadir.

Jika diimbas kembali senario politik tanah air sejak 4 tahun kebelakang, ianya menyaksikan bahawa terdapat pelbagai kepincangan yang berlaku.

Peralihan pimpinan kerajaan sekaligus menyebabkan ketidakstabilan politik negara berlaku kerana wujudnya ahli parlimen yang melompat parti demi kepentingan peribadi.

Pengundi telah memilih wakil rakyat berdasarkan parti dan individu yang dirasakan mampu berkhidmat untuk rakyat, tiba-tiba wakil rakyat tersebut lompat parti.

Bukan itu sahaja, parti asalnya juga telah berkempen dan berkerja keras bagi memenangkan calon. Ini bermakna wakil rakyat tersebut telah mengkhianati mandat yang diberikan.

Walaubagaimanapun, RUU ini dilihat dapat memberi keadilan kepada rakyat selepas mereka membuat keputusan memilih wakil rakyat dan parti, bagi memastikan calon yang menang tidak pergi ke pihak lain.

Erti kata lain, RUU Anti Lompat Parti mampu memulihkan sistem demokrasi negara dan menjamin kestabilan politik tanah air.

Tahniah YAB Perdana Menteri atas usaha dalam penambahbaikan sistem pentadbiran dan politik negara. Rundingan dan pemuafakatan antara Kerajaan dan Pembangkang menjadi bukti bahawa Perdana Menteri sememannya mendukung semangat Keluarga Malaysia dan memgamalkan sikap terbuka terhadap mana-mana pihak demi kepentingan rakyat.

Penulis adalah Aktivis Mahasiswa

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat