DAPSY sendiri pernah beria-ria minta pecat Mohamad Hasan sebagai Menteri Luar – Fadhli

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari menyelar konon-kononnya Anthony Loke nak sindir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz yang tidak mahu semeja dengan DAP tetapi Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setiap minggu duduk semeja dengan Setiausaha Agung DAP.

“Tetapi sedar ke tidak Anthony Loke bahawa DAP sendiri khususnya DAPSY sendiri beria-ria minta pecat Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri dan minta kaji semula kerjasama PH-BN, walhal Setiausaha Agungnya sendiri duduk semeja dengan BN setiap minggu.

“Jika Anthony nak kata pemimpin Umno sedang tipu ahlinya, bukankah DAP sendiri juga sedang tipu ahlinya juga?

“Realitinya, DAP sudah tipu ahlinya selama 4 tahun sejak 2022, dan akan terus tipu lagi untuk pilihan raya berikutnya,” tempelak Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat