Dulu Mahathir tak khianat pula eksport pasir ke luar negara, bidas Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam oleh Datuk Seri Najib Razak kerana tindakannya pernah meluluskan empat syarikat berasingan untuk melombong dan mengeksport pasir ke luar negara.

Najib mengkritik Dr Mahathir kerana dalam tulisan-tulisan bekas Perdana Menteri itu kononnya penjualan pasir adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara.

“Depan, dia (Dr Mahathir) kecam eksport pasir. Belakang, dia lulus eksport pasir.

“Sejak isu Pulau Batu Puteh tercetus semula, Tun (Mahathir) asyik mengadu tentang eksport pasir dari Malaysia dalam tulisan-tulisan dia – kononnya ini khianat pada negara.

“Tapi masa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri ke-7, dia pulak yang luluskan empat syarikat berasingan untuk lombong dan eksport pasir ke luar negara.

Malah kata Najib yang juga bekas Perdana Menteri, geng Pakatan Harapan (PH) gembira sahaja sepanjang menjual pasir ke luar negara.

“Geng PH happy je sepanjang masa mereka jual pasir ke luar negara,” bidas Najib dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Najib turut melampirkan satu dokumen dengan kepala surat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bertarikh 29 November yakni sewaktu jawatan itu disandang Datuk Dr Xavier Jayakumar di bawah pentadbiran PH telah meluluskan permit import (AP) pengeksportan pasir ke luar negara.

Dalam surat itu mencatatkan hasil rundingan dengan Menteri dan Perdana Menteri telah dipersetujui untuk meluluskan AP bagi pengeksportan pasir sungai ke luar negara membabitkan empat syarikat iaitu Goldland Capital Sdn Bhd (Kelantan), Polo Specailist Trading Sdn Bhd (Pahang), Legacy Lestari Sdn Bhd dan Asal Jasa Sdn Bhd (Kelantan).

Kandungan surat Setiausaha Sulit Kanan itu menjelaskan pelantikan atas rundingan menteri bersama Perdana Menteri.

Surat bertarikh 29 November 2018 merupakan satu memo arahan pejabat Menteri melalui SUSK Menteri kepada Ketua Jabatan di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.

Sebelum ini dalam catatan blog chedet, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, menurut laporan akhbar lapor bahawa Singapura memerlukan bekalan elektrik dan akan beli dari Malaysia.

Katanya, mungkin kerana itu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengeluarkan kenyataan bahawa hanya bekalan dari punca yang non-renewable sahaja yang boleh dieksport ke Singapura. Juga eskport melalui saluran milik swasta tidak dibenar.

” Tetapi umum tahu bahawa kita sedang eksport air ke Singapura dengan harga 3 sen seribu gelen. Kita juga tahu seludupan pasir laut dan darat sedang dilakukan.

“Sebaliknya jika kita eksport tenaga dari cahaya matahari dan angin, Malaysia tidak kehilangan apa-apa.

“Saya kurang faham dengan dasar Kerajaan hari ini. Dengan keputusan ini pelaburan yang tidak kecil dan peluang kerja terhalang,” catat Dr Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat