“Orang nak jumpa kita, kita jumpa” – Hadi sahkan perjumpaan Pas dan Umno malam tadi

KUALA LUMPUR – Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan pemimpin parti Islam itu mengadakan pertemuan dengan pimpinan Umno malam tadi.

Pertemuan itu dipercayai berkaitan idea menjayakan Muafakat Nasional (MN 2.0) menjelang pilihan raya meskipun Hadi menyatakan hanya perjumpaan biasa.

“Pertemuan biasa, orang nak jumpa kita, kita jumpa.

“Dimaklumkan kepada saya ada perjumpaan. Saya tak terlibat (dalam pertemuan) tapi dimaklumkan kepada saya,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.

Sebelum itu, tersebar di media sosial memaparkan Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad tiba di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dikatakan sebagai lokasi Mesyuarat Biro Politik Umno berlangsung, malam tadi.

Perkara ini mencetuskan spekulasi pemimpin kedua-dua parti itu mengadakan pertemuan untuk berbincang mengenai cadangan menghidupkan kembali MN 2.0.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama politik yang pernah terjalin antara parti-parti Melayu sebelum ini wajar dihidupkan semula demi masa depan bangsa dan ummah.

Beliau berkata, pembubaran DUN Johor yang dijangka diikuti beberapa negeri lain membuka ruang kepada gelombang perubahan dalam landskap politik negara, sekali gus berpotensi mengembalikan kekuatan politik Melayu-Islam dan Bumiputera.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat